suria

Tunjuk kemaluan dan tersebar video bogel antara 10 kontroversi hidup Aliff Aziz

Aliff tidak pernah lari dari pelbagai kontroversi dari zaman mudanya.

NAMA penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tidak pernah sunyi dihimpit pelbagai kontroversi sejak dia melibatkan diri ke dalam dunia hiburan tempatan.

Memulakan langkah pada 2007 menerusi lagu Sayang Sayang, ia bukan sahaja melonjakkan nama penyanyi asal Singapura ini tetapi setiap langkahnya menjadi bualan ramai.

Mana tidaknya, Aliff bukan sahaja terpalit dengan kontroversi melibatkan hubungan dengan beberapa wanita tetapi juga pernah terlibat dalam insiden pergaduhan, mencuri telefon bimbit selain video bogel miripnya tersebar.

Meskipun acap kali berjanji mahu berubah namun nampaknya Aliff dan kontroversi berpisah tiada.

Terbaharu, Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas dakwaan berkhalwat di sebuah kondominium pada awal pagi Sabtu.

mStar mengimbau kembali deretan kontroversi melibatkan Aliff sepanjang kariernya.

553 (4)

Aliff dan Bella pernah bercerai pada 2019.

1. Cium wanita di dalam kelab malam

Kontoversi pertama melibatkan pelakon berusia 33 tahun pada tahun 2009 apabila tersebar gambar memperlihatkan Aliff bercium bersama seorang wanita di sebuah kelab malam di Singapura.

Sejurus khabar tersebut tersebar, Aliff memohon maaf dan mengakui kesilapan itu yang menjejaskan imejnya sebagai orang dikenali.

2. Dituduh curi telefon bimbit

Tidak lama selepas itu, Aliff dituduh pula mencuri dua buah telefon bimbit namun menafikan perkara tersebut pada 2014.

Dia bagaimanapun memberitahu ditahan pihak berkuasa Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dan Ruhainies bebas dengan jaminan, keluar dari Jawi sekitar 2 petang

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tengah marah Ruhainies, sempat post video Aliff Aziz nyanyi ‘Hakikat Sebuah Cinta‘

Katanya ketika kejadian dia berada di tempat dan masa yang salah dan menjadi polisi biasa pihak berkuasa Singapura menahan semua suspek yang berada di lokasi bagi menjalankan siasatan.

3. Bergaduh sebab terkena sampuk

Pada tahun yang sama, Aliff terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah hotel di Kuala Lumpur sehingga didatangi pihak polis untuk meleraikan keadaan.

Dia yang ketika itu berusia 23 tahun tidak menafikan perkara tersebut sebaliknya mendakwa semasa kejadian dia tidak sedarkan diri akibat terkena sampuk.

553 (3)

Kontroversi melibatkan Afifah dan Aliff mengemparkan dunia hiburan sebelum ini.

4. Aliff Aziz dan Afifah Nasir

Pada tahun 2017, Aliff didakwa menjalinkan hubungan istimewa bersama pelakon Afifah Nasir apabila mereka dapati berhibur di sebuah pusat karaoke.

Ketika itu isterinya iaitu Bella Astillah bersama ibunya bejaya menjejak Aliff di lokasi berkenaan.

Lebih mengejutkan lagi apabila Aliff ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan Bella dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras.

5. Tak bayar hutang

Aliff juga pernah dihimpit kontroversi apabila didakwa tidak menepati janji membayar hutang selepas meminjam sejumlah wang daripada individu dikenali sebagai Rashidi Ramli pada 2018.

Usahawan berkenaan mendakwa Aliff awalnya merayu meminjam sejumlah wang dan berjanji untuk mempromosikan produk miliknya.

6. Aliff Aziz dan Oktovia Manrose

Pada awal tahun 2019, Bella menerusi media sosialnya mendedahkan Aliff sekali lagi berlaku curang dengan pelakon Oktovia Manrose.

Bella memberitahu suaminya mula mengenali aktres berkenaan ketika bergandingan dalam sebuah telefilem.

6435106C-430C-4DEC-8DA8-2463AA99BCBC

Kontroversi tidak pernah lari daripada Alif.

7. Aliff Aziz dan Nismell

Tidak lama selepas itu, seorang gadis menjadi sasaran netizen apabila fotonya bersama lelaki mirip Aliff tular di media sosial.

Menurut gadis yang dikenali sebagai Nismell itu, foto mesra yang memperlihatkan Aliff tidak berbaju dirakam ketika mereka menghadiri sebuah parti tertutup.

Malah Aliff dan Bella juga sah bercerai talak satu beberapa hari selepas itu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun mereka kembali bersama selepas hampir dua tahun berpisah.

8C9268CF-C6C2-4AFD-93F0-B02D91CC68EC

Aliff terlibat dalam pergaduhan mulut sebelum menunjukkan kemaluannya.

8. Tunjuk kemaluan ditempat awam

Selepas bercerai, Aliff dikatakan semakin aggresif apabila terlibat dalam beberapa pergaduhan di sebuah restoran di Singapura pada 2020.

Malah dia juga bertindak menunjukkan kemaluannya selain melemparkan kata-kata kesat di tempat awam.

9. Video bogel tersebar

Kecoh pula di laman Twitter apabila tular video seorang lelaki mirip Aliff melakukan aksi tidak senonoh di dalam tandas pada tahun 2021.

Bagaimanapun, Bella tampil menjelaskan video tersebut merupakan rakaman lama yang diambil ketika suaminya masih jahil tentang agama.

sophia aziz

Sophia dan Aliff akrab selepas jalani penggambaran bersama.

10. Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah

Awal tahun 2023, Aliff sekali lagi didakwa berlaku curang dengan pelakon Sophia Albarakbah.

Perkara itu didedahkan oleh Bella apabila Aliff dan Sophia mula akrab selepas terlibat dalam penggambaran menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain