suria

Tilmiz Amnan Juara Akademi Qurra’ 2024, bawa pulang wang tunai RM25,000

Barisan pemenang Akademi Qurra' 2024.

PESERTA Akademi Qurra’ 2024 iaitu Tilmiz Amnan diangkat sebagai juara dalam program bekenaan yang disiarkan secara langsung dari Studio Pusat Penyiaran TV AlHijrah, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Kemenangan itu melayakkan Amnan atau nama sebenarnya Muhammad Amnan Muhammad Sani, 23, membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000.

Sementara itu, Tilmizah Syahira atau Nur Syahira Saiful Adli menduduki tempat kedua membawa pulang RM10,000 manakala Tilmizah Sofea mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM5,000

1`1

Amnan ditemani Syahira dan Sofea.

Pentas akhir Akademi Qurra' 2024 turut menyaksikan Tilmiz Luqman dan Tilmizah Sholihah sekadar meraih hadiah sagu hati dengan masing-masing membawa pulang RM1,000.

Dalam pada itu, Mudarrisah Nadia Hashim selaku tenaga pengajar memenangi Anugerah Mudarrisah Terbaik sekali gus mendapat hadiah wang tunai RM3,000.

Bagi Anugerah Alunan Terindah pula diberikan kepada Tilmizah Syahira dan memenangi hadiah wang tunai RM500.

ARTIKEL BERKAITAN: Tugasan akhir lebih mencabar, 5 peserta mara peringkat final Akademi Qurra' 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Halaqah program TV pertama guna teknologi hologram, dapat sentuhan pelajar multimedia OKU

Program dihoskan oleh Raqib Majid ini turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim yang bertindak selaku tenaga pengajar.

Program yang bersiaran setiap Sabtu pukul 9 malam itu menampilkan juri tetap Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dan Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain