suria

Dianggap tak layak terima anugerah khas GMWA2023, Melly Goeslow rai perbezaan pendapat

Melly hanya mahu memberi inspirasi kepada peminat. 

LUAHAN tidak puas hati segelintir pihak dengan pemberian anugerah khas Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung pada malam Ahad tidak membuatkan penyanyi dan komposer Melly Goeslaw berkecil hati.

Melly atau Melliana Cessy Goeslow sebaliknya terbuka dengan setiap komen kerana menganggap setiap perbezaan harus dihargai.

"Saya kurang tertarik untuk berfikir mengenai kecaman sebab secara peribadi, saya terbuka orangnya.

Melly ketika ditemui di sidang media Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friend.

"Saya membuka diri saya menerima perkara baru dan perbezaan dengan setiap orang ada pandangan mereka sendiri.

"Di Indonesia sendiri ada juga beberapa anugerah diberikan kepada artis di luar negara termasuk dari Malaysia, Singapura, Filipina dan sebagainya.

"Keterbukaan harus diraikan di semua tempat untuk kita berekespresi dengan lebih luas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima 1.5 juta undian, Anna Jobling pemenang trofi 'Gempak Most Wanted 2023'

ARTIKEL BERKAITAN: Melly Goeslaw dituduh perosak rumah tangga 15 tahun lalu, wanita desak berjumpa atau rahsia terbongkar

Melly berkongsi perkara itu semasa hadir di sidang media Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friend yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Isnin.

Pada sidang media itu, Melly mengumumkan bakal mengadakan konsert pada 1 Jun 2024 di Axiata Arena.

Dalam pada itu, Melly memberitahu dia bukan orang yang gemar membaca komen kerana ada perkara lebih penting perlu dilakukan.

Jelasnya setiap komen dan kritikan netizen adalah di luar kawalan tetapi tugasnya memberi inspirasi kepada peminat.

“Saya bukan jenis baca komen dan ia sesuatu yang boleh saya kawal dalam kehidupan.

melly2 - 1

Melly bakal bakal mengadakan konsert pada 1 Jun 2024.

"Tapi orang lain kita tak boleh kawal. Pada saya, selama apa saya buat adalah benar dan menginspirasi kepada banyak orang, Insya-Allah akan mendapat perkara baik juga," luahnya.

Pada GMWA2023 Melly menerima anugerah Gempak Hall Of Fame 2023 namun menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Menurut segelintir netizen masih ramai lagi penyanyi dan komposer yang layak di Malaysia untuk mendapat anugerah tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain