suria

Meerqeen, Sophia Albarakbah ungguli Anugerah Telenovela ke-9, rangkul trofi Bintang dan Ratu Telenovela

Meerqeen dan Sophia mengungguli Anugerah Telenovela ke-9.

PELAKON Meerqeen dan Sophia Albarakbah mengungguli malam kemuncak Anugerah Telenevola kali kesembilan yang berlangsung di Pusat Dagangan Putra, Kuala Lumpur (PWTC) pada malam Jumaat.

Merqeen dan Sophia dinobatkan sebagai Bintang dan Ratu Telenovela untuk edisi kali ini.

Ini merupakan pencapaian terbaik dalam drama lakonan mereka sebelum ini.

sophia1 - 1

Meerqeen dinobat sebagai Pelakon Lelaki Popular.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, yang baru pertama tercalon meluahkan rasa syukur atas kemenangan itu.

"Alhamdulillah saya menang, saya gembira kerana ini anugerah pertama saya sertai dan menang.

"Saya tak jangka kemenangan ini tapi saya tahu peminat dan keluarga saya sentiasa dibelakang.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukuplah kontroversi! Sophia Albarakbah tak mahu toleh belakang lagi, murah rezeki banyak tawaran lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: Serba tak kena! Fesyen Meerqeen di pembukaan butik mewah pula dikritik... "Sebagai duta saya perlu pakai koleksi mereka"

"Mereka sentiasa berkerja keras untuk kemenangan ini. Ia juga menjadi pembakar saya untuk terus berkarya," katanya kepada mStar.

Pelakon berusia 23 tahun itu juga turut memenangi Pelakon Lelaki Popular Telenovela.

Sementara itu, Sophia, 31, pula berkata kemenangan itu merupakan tanda sokongan peminat terhadap karier seninya.

"Saya tak sangka dirinya dinobatkan sebagai Ratu Telenovela, rasa bersyukur dan gembira sangat.

sophia2 - 1

Sophia memenangi kategori Pelakon Wanita Popular.

"Kemenangan ini membawa maksud peminat saya sentiasa menyokong saya, saya sangat berterima kasih," katanya.

Sophia yang juga pelakon drama Air Mata Allisya turut membawa pulang trofi Pelakon Wanita Popular Telenovela.

Malam anugerah itu juga menobatkan karya Melur Untuk Firdaus sebagai Telenovela Terbaik.

Berikut ada pemenang Anugerah Telenovela ke-9:

Pelakon Wanita Popular - Sophia Albarakbah

Pelakon Lelaki Popular - Meerqeen

Pasangan Serasi Popular - Kamal Adli & Uqasha Senrose

Telenovela Popular - Melur Untuk Firdaus

Novel Popular - Jesnita

Novel Terbaik - Epilog 3 Naga

Novelis Terbaik - Kaz Ishak (Epilog 3 Naga)

Penerbit Novel Terbaik - Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.

Telenovela Terbaik - Pekan Kecil Kampung Terpencil

Pelakon Lelaki Terbaik - Hazama Azmi

Pelakon Wanita Terbaik - Intan Najuwa

Pengarah Terbaik - Wan Afzam Wan Daud

Penulis Skrip Terbaik - Amin Masyhur

Sinematografi Terbaik - Dek Wan & Mohd Faiz

Penyunting Terbaik - Izhar Masuri

Pengarah Seni Terbaik - Mohamad Radzuan Romli

Lagu Tema Terbaik (OST) - Nabila Razali & Khai Bahar (Selagi Ku Ada)

Lagu Tema Terbaik (OST) - Komposer Amylea Azizan (Selagi Ku Ada)

Stesen Penyiar Telenovela Terbanyak - Rangkaian Televisyen Media Prima

Bintang Telenovela - Meerqeen

Ratu Telenovela - Sophia Albarakbah

Primadona Telenovela - Erra Fazira

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Dr. Yusof Haslam ACP (K) Haslam

Artis Versatile Telenovela - Alif Satar

Artis Sensasi Telenovela - Anna Jobling

Artis Bintang Harapan Telenovela - Nelissa Nezam

Artis Prolifik Telenovela - Gambit Saifullah

Artis Bintang Pujaan/Pesona Telenovela - Hisyam Hamid

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain