suria

Shahronizam Noor fobia potong ayam, risau hilang ibu jari pula... Rancang mohon kad OKU

Sahronizam lebih berhati-hati apabila mahu memotong ayam.

SELEPAS jari kelingkingnya terputus pada April tahun lalu, pelakon Shahronizam Noor memberitahu dia kini lebih berhati-hati ketika mengendalikan objek tajam.

Malah, Shahronizam, 52, mengakui trauma untuk memotong ayam kerana bimbang insiden sama berulang kembali.

"Sekarang ini saya lebih berhati-hati... fungsi tangan pun sudah kurang berbanding dulu, dah tak kuat, ada benda tak boleh buat.

NP-55

Jari kelingking tangan kiri Shahronizam terpaksa dipotong oleh doktor.

"Kalau ada babak melibatkan fizikal seperti berlawan atau perlu aksi saya ada kekurangan sikit.

"Dua atau tiga hari sebelum ini pun saya potong ayam menggunakan sebelah tangan sebab risau nanti ibu jari pula yang hilang,” katanya kepada mStar.

Shahronizam berkata demikian ketika ditemui semasa tayangan perdana filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jari kelingking pelakon Shahronizam putus, terkena pisau ketika potong ayam

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ tampil kelainan, kepercayaan kuno pemujaan mayat buat bulu roma berdiri

Dalam pada itu, Shahronizam memberitahu dia ada merancang untuk mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU).

Namun, sehingga kini dia masih belum berkesempatan untuk berbuat demikian.

"Saya rancang nak buat, atas nasihat rakan-rakan pun suruh saya buat kad OKU tu cuma belum sempat buat lagi.

rakan-rakan pun suruh saya buat kad OKU tu cuma belum sempat buat lagi.

SAHRONIZAM NOOR

PELAKON

"Mereka kata ada juga kegunaan kad OKU itu di kemudian hari seperti boleh dapat bantuan, InsyaAllah saya akan buat selepas ini," ujarnya.

Pada April tahun lalu, Shahronizam kehilangan jari kelingking tangan kirinya selepas pisau pemotong daging digunakan untuk memotong ayam tersasar dan terkena pada bahagian jari itu.

Dalam perkembangan lain, Shahronizam antara barisan pelakon yang menjayakan filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam bersama bintang lain seperti Zahiril Adzim, Datin Elvina Mohamad, Eriza Aliya dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain