suria

Hubungan macam adik-beradik, tak lengkap Forteen tanpa Izzue Islam… Kolaborasi ubat kerinduan peminat

Forteen kembali bersama Izzue Islam untuk ubati kerinduan peminat mereka.

AHLI Forteen iaitu Ammerais Azhar bersyukur kolaborasi kumpulan itu bersama Izzue Islam dalam lagu terbaharu berjudul Noktah Epilog Cinta berjaya mengubat kerinduan peminat.

Kata Ameer atau nama sebenarnya Mohamad Arif Ameerais Azhar, 34, idea untuk kembali berempat ini muncul pada awal tahun 2023 setelah lima tahun Forteen tidak tampil dengan single baharu.

”Timbul idea ni awal tahun lepas, kami kumpulan Forteen berbincang, kami dah lama tak keluar single dan kali terakhir pun pada tahun 2019.

NP-61

Selepas lima tahun, Forteen tampil dengan single baharu bersama bekas ahli, Izzue Islam.

“Jadi rasanya inilah masa sesuai kami comeback balik dengan satu buah tangan. Tapi bila fikir balik rasanya tidak lengkap kalau Forteen tampil bertiga sahaja.

“Forteen dengan Izzue pun dah macam adik -beradik. Jadi kami tanya Izzue nak tak buat projek ni bersama dan dia berminat, jadi demi peminat kami buat comeback sekali,” katanya kepada mStar.

Ameer berkata demikian ketika ditemui di sidang media Maha Buffet 2024 bersama duta Karl Shafek di Restoran Mak Kimbong, Bangi, Selangor pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam rindu Forteen, bangga ‘Berdua Bersatu’ kembali trending di TikTok... Ramai peminat minta buat ‘comeback’

ARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam dan Forteen dipertemukan dalam sebuah ‘drama air mata’

Ditanya komen netizen berpendapat nyanyian Izzue, 34, dilihat lebih menyerlah berbanding bersama Forteen sebelum ini, Ameer berkata ini kerana pelakon itu ditampilkan sebagai penyanyi featuring.

Pun begitu, keempat-empat penyanyi tetap mempamerkan vokal yang lebih matang daripada sebelum ini.

“Ya sebab kalau tengok ini featuring punya konsep jadi rasanya tidak adil kekalkan konsep macam dulu. Tidak terlalu experimental tapi cuma sesuatu baharu orang nak dengar.

Forteen dengan Izzue pun dah macam adik -beradik. Jadi kami tanya Izzue nak tak buat projek ni bersama dan dia berminat

Ameer

AHLI FORTEEN

“Vokal keempat-empat kami ini ada bahagian masing-masing dan semuanya memainkan peranan yang sangat bagus.

“Kali ini punya lagu semuanya pamerkan vokal yang sangat matang kecuali saya. Saya puji mereka bertiga,” katanya.

Sementara itu, Ameer tidak menolak kemungkinan Izzue akan kembali bersama Forteen secara tetap dan meminta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.

“InsyaAllah itu semua terserah pada tuan punya badan iaitu Izzue Islam. Jadi harapan kalau nak ikutkan kami nak hasilkan lebih banyak single lagi.

NP-62

Forteen sewaktu beraksi di Gegar Vaganza 5.

“Setakat ini tiada perancangan untuk kembali berempat secara tetap, tapi InsyaAllah kalau ada rezeki untuk kami hasilkan single atau album dengan Izzue kenapa tidak?” ujarnya.

Untuk rekod, selain Ameer dan Izzue, Forteen dianggotai Ariz serta One.

Kali terakhir mereka berempat beraksi dalam satu pentas adalah ketika bersaing di Gegar Vaganza musim kelima.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain