suria

[V] Aya Amiruddin sokong keputusan sahabat pakai hijab, Noreen Iman tetap ‘gila-gila’

PELAKON Aya Amiruddin memberitahu rakan baiknya iaitu Noreen Iman sudah lama meluahkan hasrat untuk berhijab.

Aya, 27, berkata, sebagai sahabat baik dia sangat menyokong keputusan Noreen untuk memakai tudung kerana ia adalah perkara baik.

"Noreen memang ada cerita pada saya sudah tiba masa (memakai tudung) sebab dia pun sudah ada anak dua.

size NP 1 (12)

Aya ketika ditemui pertunjukan fesyen koleksi Fazbulous Raya 2024

"Apabila dia tengok artis-artis lain bertudung, dia selalu puji dan saya kata kalau dia sudah bersedia maka pakailah.

"Benda baik ini sebagai sahabat kita kena sokong sebab bukan benda jahat," katanya kepada mStar.

Aya berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada pertunjukan fesyen koleksi Fazbulous Raya 2024 yang diadakan pada Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil manis berhijab, Norreen Iman menangis padam gambar lama di IG - “Rindu tapi tak menyesal”

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa diri tak cukup bagus, kesihatan pun kurang baik... Aya Amiruddin tarik diri ‘Mega Spontan 2023’

Tambah Aya, dia sentiasa mendoakan sahabatnya itu kekal istiqamah dalam perubahan dilakukan selain lebih banyak perkara baik berlaku kepadanya selepas ini.

"Sebenarnya sebagai seorang manusia, saya sendiri ada terdetik bila nak pakai tudung.

"Tapi mungkin hidayah Noreen sudah sampai, jadi sebagai kawan memang saya sentiasa berdoa perkara yang baik dan dia terus istiqamah," ujarnya.

Kalau tengok dia sekarang, sejak dah pakai tudung sama jer.

AYA AMIRUDDIN

PELAKON DAN PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Ditanya mengenai batas pergaulan mereka selepas ini, Aya memberitahu tiada apa yang akan berubah dan akan terus menghiburkan peminat di media sosial.

Kata Aya, Noreen masih individu sama seperti dikenali peminat dengan perangainya yang 'gila-gila' dan perubahan itu hanya pada penampilannya.

"Kalau tengok dia sekarang, sejak sudah pakai tudung masih sama.

Aya sentiasa mendoakan Noreen kekal istiqamah.

"Jadi insya-Allah dari segi perangai kekal 'maintain' sebab sebelum ini pun tiada rasanya buat perkara melampaui batas.

"Insya-Allah tiada apa yang berubah, Noreeen tetap orang yang sama, gila-gila dan menceriakan hari pengikutnya di media sosial," ujarnya.

Pada 1 Februari lalu, Noreen berkongsi mengenai perubahannya kepada umum yang mendapat pujian daripada pengikutnya di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain