suria

Jari kelingking pelakon Shahronizam putus, terkena pisau ketika potong ayam 

Jari kelingking pelakon Shahronizam putus akibat terkena pisau pemotong daging.

PELAKON Shahronizam Noor kehilangan jari kelingking tangan kananya selepas pisau pemotong daging ketika memotong ayam tersasar dan terkena pada bahagian jarinya.

Anak tirinya iaitu Daniel Khairi berkata, insiden tidak dijangka itu berlaku selepas mereka sekeluarga baru selesai berbuka puasa di rumah mereka pada malam Isnin.

Susulan kejadian itu, Shahronizam, 51, dikejarkan ke Hospital Ampang Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan kecemasan namun jari kelingkingnya tidak dapat diselamatkan.

"Selepas selesai berbuka puasa, abah pergi ke dapur untuk memotong daging ayam untuk diberikan kepada kucing peliharaan kami.

Shahronizam Safura

Shahronizam bersama isteri, penyanyi Safura.

"Tetapi ketika proses memotong daging ayam, pisau abah tersasar lalu terkena jari kelingkingnya.

"Mlihat jarinya yang terkulai putus, kami terus bawa abah ke hospital untuk mendapatkan rawatan memandangkan kecederaannya parah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh sombong disapa peminat, Ungku Ismail anggap ramai gadai amalan Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah dakwa trauma hingga kini akibat jadi mangsa dera emosi, fizikal dan kewangan

Dalam pada itu, Daniel berkata, petugas perubatan berjaya menghentikan pendarahan dan membalut luka manakal jari yang putus dimasukkan ke dalam sebuah bekas untuk dibekukan.

Proses menyambung jari tersebut tidak dapat dilakukan dengan segera memandangkan tiada doktor pakar bertugas.

Daniel Khairi

Daniel memberitahu bapanya tirinya kini stabil dan masih ditahan di wad Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

"Petugas perlu menunggu pengesahan doktor pakar sama ada jari tersebut boleh disambugn semula atau sebaliknya.

"Bagaimanapun malangnya pagi tadi (Selasa) doktor pakar memberitahu jari abah tidak dapat disambugn semula memandangkan urat arteri yang menyambung darah telah pun putus," ujarnya.

Bercakap mengenai keadaan bapa tirinya, Daniel memberitahu Shahronizam kini dalam keadaan stabil dan masih berada di wad untuk pemerhatian sehingga lukanya sembuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain