suria

Peminat syak Intan Ladyana hamil, Harris Alif sahkan bakal timang cahaya mata kedua

Harris memaklumkan Intan kini sedang hamil anak kedua.

TEKA-TEKI mengenai aktres Intan Ladyana sedang hamil anak kedua akhirnya terjawab apabila suaminya, pelakon Harris Alif mengesahkan berita gembira berkenaan.

Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi, 24, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai usia kandungan dan jantina bayi keduanya itu.

"Ya, Intan sedang berbadan dua, usia kandungan rahsia," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Harris 1

Harris dan Intan tidak sbaar menanti kehadiran anak keduanya.

Harris turut memohon doa orang ramai agar kehamilan Intan kali ini dipermudahkan sehingga selamat melahirkan cahaya mata mereka kelak.

"Saya minta doa orang ramai supaya urusan keluarga saya ini dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah," katanya.

Tambah Harris, dia akan mengumumkan secara terperinci mengenai kehamilan isterinya kepada peminat jika sudah bersedia nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Harris Alif mahu ikut Intan Ladyana masuk dewan bersalin, teringin lihat sendiri proses lahirkan anak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tutup aurat bukan pengakhiran karier Intan Ladyana, drama dan filem semakin banyak ketengah watak berhijab

Ini kerana terdapat beberapa perkara perlu diambil kira sebelum memaklumkan mengenai perkara itu kepada khalayak.

"Bila sampai masa, saya dan Intan sendiri akan beritahu. Sekarang belum masanya lagi.

"Ini kerana ada benda-benda yang kena bagi steady dulu," jelasnya.

Harris 2

Harris dan Intan kita mempunyai seorang anak iaitu Evie Khadeeja.

Sebelum ini satu rakaman temu bual Intan di media sosial tular dan mendapat perhatian ramai apabila tubuh badannya kelihatan seperti sedang hamil.

Untuk rekod, Harris dan Intan atau Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 41, berkahwin pada 5 Februari 2021.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Evie Khadeeja yang hampir memasuki usia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain