suria

Iqbal Zulkefli kasihan tengok Syamimia kena kecam, pesan jangan cabar lawan netizen

Iqbal menasihatkan Syamimia untuk tidak mencabar netizen.

TIDAK sanggup melihat kecaman yang diterima Syamimia di media sosial, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli memberikan nasihat buat pempengaruh media sosial itu untuk tidak mencabar netizen.

Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, meminta Syamimia tidak memberikan sebarang yang kenyataan yang boleh mengundang lebih banyak kecaman.

"Cara Syamimia selalu pertahankan diri itu seolah mencabar netizen. Netizen ini sebenarnya lantang di komen sahaja, apabila berjumpa di luar mereka sumber kekuatan kita.

"Itu biasa jangan ambil serius sangat. Jangan berlawan dengan netizen kita tidak akan menang. Kita perlukan mereka," katanya.

Perkongsian Iqbal yang dimuat naik di Instastory.

Perkongsian Iqbal yang dimuat naik di Instastory.

Iqbal berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Rabu.

Dalam pada itu, Iqbal turut meluahkan rasa bimbang sekiranya influencer itu mengalami depresi gara-gara menerima kritikan hebat.

Malah, dia meminta netizen berhenti memberikan tekanan kepada Syamimia dan menyifatkan dia juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bariatrik tak sesuai buat Iqbal Zulkefli, doktor saran kaedah telan belon gastrik

ARTIKEL BERKAITAN: Syamimia 'dihukum' tentera bawang! Hilang ratusan ribu pengikut TikTok gara-gara isu Palestin... Tenang kongsi video bancuh kopi

"Tapi sebagai netizen, janganlah pula kita menjadi punca depression terhadap artis atau pempengaruh.

"Kita tidak tahu trauma, kesedihan yang dipendam lama. Artis juga manusia. Menghadapi ribuan kata-kata orang itu tidak mudah," ujarnya.

Melihat potensi cerah yang ada pada Syamimia, Iqbal menitip pesan buat pempengaruh itu untuk tidak berkongsi semua perkara di media sosial.

"Awak sangat kreatif, ada banyak bakat dan ada nilai komersial tersendiri. Komunikasi atau permainan dengan netizen perlu ada kemahiran lain.

"Saya sudah sedar sesetengah jenama komersial tidak mahu individu yang kontroversi. Namun, banyak lagi jenama dan syarikat sanggup melaburkan ratusan ribu ringgit untuk kerjasama dengan saya.

Iqbal melihat potensi yang ada pada Syamimia.

Iqbal melihat potensi yang ada pada Syamimia.

"Apa pun sikap dan adab paling penting supaya stesen TV masih boleh terima kita. Zaman sekarang tidak mudah," ujarnya.

Sebelum ini, Syamimia berkongsi luahan hatinya dalam sebuah sesi siaran langsung di TikTok mengakui sedih dengan tindakan netizen yang sentiasa memberikan kecaman terhadap dirinya.

Kata Syamimia, dia kesal apabila setiap content yang dihasilkan tidak dihargai malah netizen masih mencari salahnya.

Sebelum ini, pempengaruh itu menerima kecaman hebat daripada netizen kerana didakwa tidak memberi kesedaran mengenai isu peperangan di Palestin menerusi platform media sosialnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain