suria

Syada Amzah sedar tak disukai, kecaman cover ‘Kalam Eneih’ tempat netizen lepas kemarahan isu keluarga

Syada tak kisah nyanyian dikritik netizen.

PENYANYI Syada Amzah berlapang dada apabila video dia menyanyikan lagu Kalam Eneih baru-baru ini mendapat kecaman hebat warganet.

Ini kerana kata Syada atau Nursyhuhada Amir Amzah, 25, masih ramai tidak berpuas hati dengan kemelut melanda keluarganya sebelum ini sehingga menggunakan video tersebut sebagai tempat melempiaskan kemarahan.

"Saya rasa mungkin isu lama saya, mereka masih lagi terasa hati... Jadi benda yang tiada kaitan pun jadi isu.

Syada 2

Syada tak kisah dengan komen netizen.

"Kalau saya jadi orang luar mungkin akan rasa benda sama walaupun itu bukan niat sebenar saya.

"Kalau saya mahu publisiti, saya akan cari pihak media. Saya tak rasa saya tagih perhatian, paling penting niat kita," katanya.

Syada menjelaskan perkara itu menerusi temu bual dalam program Melodi pada Ahad.

Kata Syada, dia menghargai setiap komen malah berbangga dengan pencapaian diri sebagai seorang penyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk urus pindah rumah, Syada Amzah buka tawaran sesiapa mahu bela kucing miliknya

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah buang kena halau lagi” - Individu datang tengok rumah, Syada Amzah tak pernah rancang jual kediaman

Malah, Syada berpendapat setiap orang berhak meninggalkan pelbagai jenis komen kerana laman sosial bersifat terbuka.

"Sejujurnya saya sedikit pun tidak terasa. Kita hanya manusia biasa dan saya sendiri pun tak harap semua orang sukakan saya.

"Lagu Tamil dan Arab adalah lagu paling susah dinyanyikan... Mungkin netizen komen untuk sakitkan hati tapi bagi saya ia satu pujian.

Syada 3

Syada tak baca komen di media sosial.

"Untuk ke tahap biasa itu pun saya dah bangga. Saya hargai setiap komen orang.

"Kalau berbentuk nasihat yang baik saya terima tapi kalau menghina itu terpulang pada mereka," luahnya.

Dalam pada itu, Syada mengakui ramai yang tidak senang dengannya sehingga setiap perbuatannya menjadi kesalahan di mata netizen.

"Saya sebenarnya dah sampai tahap saya bernafas pun orang tak suka. Tapi sebenarnya saya orang yang mudah buat kawan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain