suria

Penampilan sebagai juri jemputan ASGV curi tumpuan, netizen ‘rasa’ Ella bagi komen macam baca skrip 

Ella

KEMUNCULAN ratu rock negara iaitu Ella sebagai juri jemputan final All Stars Gegar Vaganza (ASGV) mencuri perhatian apabila didakwa membaca skrip ketika memberi komen persembahan peserta.

Ella atau Nor Azila Aminuddin, 57, ketika memberi komen kepada Nikki Palikat memberitahu dia menyukai persembahan penyanyi itu.

"Persembahan awak buat saya tak duduk diam, rasa nak menari sekali.

"Ella rasa satu Axiata Arena rasa benda yang sama," katanya.

553 (2)

Kemunculan Ella di pentas ASGV curi perhatian penonton.

Netizen kurang senang dengan komen diberikan Ella apabila penyanyi itu dilihat beberapa kali melihat ke arah bawah seolah-olah sedang membaca sesuatu.

"Bukan Ella kalau tak baca skrip. Ella tak boleh jadi juri, maaf cakap," komen netizen.

Bagaimanapun ramai cuba mempertahankan penyanyi itu bukan membaca skrip sebaliknya itu adalah nota yang dicatat sebelum memberi komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi ‘slide’ di separuh akhir ASGV buah hasil, simpan persembahan bukan strategi Nikki Palikat

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada penyingkiran, 8 peserta bersaing di pentas akhir All Stars Gegar Vaganza

Jelas netizen, setiap juri mempunyai cara masing-masing dalam memberi komen dan Ella mungkin lebih selesa mencatat nota bagi mengelak tersilap cakap.

"Rasanya Ella mesti dah catat apa dia nak cakap... Sebab itu dia pandang bawah.

"Setiap juri ada cara masing-masing dan komen Ella tiada salahnya," kata netizen lain.

2421099

Nikki Palikat antara lapan peserta final ASGV.

Minggu akhir ASGV berlangsung di Axiata Arena yang memperlihatkan lapan peserta berentap merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.

Selain Nikki, final ASGV menampilkan Tomok, Azharina, Jacyln Victor, Siti Nordiana, Liza Hanim, Naqiu dan Hady Mirza.

ASGV dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse manakala Datuk Ramli MS, Datuk Shafinaz dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain