suria

Penat lelah 10 tahun akhirnya terbayar, Azira Shafinaz menang trofi Pelakon Wanita Komedi Terbaik

Azira berjaya merangkul anugerah pertama dalam kerjaya seninya.

PENAT lelah dah usaha sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam industri hiburan membuahkan hasil apabila pelakon Azira Shafinaz berjaya merangkul trofi Pelakon Wanita Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards.

Anugerah yang berlangsung pada 7 November lalu di Singapura itu memperlihatkan Azira memenangi trofi berkenaan menerusi lakonan cemerlangnya dalam drama bersiri Ijab Kabut.

Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 31, berjaya mengalahkan tiga lagi calon dalam kategori tersebut Jeanie Ng Ka Yan (Hong Kong), Ratna Pathak Shah (India) dan Isabelle Daza (Filipina).

Watak Deana dalam Ijab Kabut berjaya mengangkat Azira sebagai Pelakon Wanita Komedi Terbaik.

Watak Deana dalam Ijab Kabut berjaya mengangkat Azira sebagai Pelakon Wanita Komedi Terbaik.

Pelakon itu memberitahu trofi itu merupakan anugerah pertama yang diterima dan segala penat lelahnya selama ini akhirnya berbaloi.

"Benarlah kata orang, dedikasi dan kerja keras akhirnya berbaloi.

"Selepas 10 tahun dalam industri hiburan, saya menerima anugerah pertama sebagai Pelakon Wanita Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards untuk drama Ijab Kabut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan dalam 'Talbis Iblis' dianggap layak dapat anugerah, Azira Shafinaz harap pujian mampu tarik penonton ke pawagam

ARTIKEL BERKAITAN: Memang kecoh! Drama Viu Original 'Ijab Kabut' angkat kisah kerja kahwin, pengantin pandemik dapat hadiah majlis resepsi RM350,000

Azira berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, aktres berkenaan turut meluahkan rasa syukur dan bangga dengan penghargaan yang diterima dan mengucapkan terima kasih kepada individu yang memberi kepercayaan terhadapnya dalam melakonkan watak tersebut.

"Tiada kata dapat menggambarkan betapa bersyukur dan berbesar hati atas pengiktirafan yang diterima ini.

Azira menzahirkan rasa bangga atas kemenangan diperoleh.

Azira menzahirkan rasa bangga atas kejayaan yang diraih.

"Terima kasih daripada sudut hati ini kepada semua inidvidu yang memberi kepercayaan terhadap saya. Ini adalah kejayaan untuk Malaysia," ujarnya.

Untuk rekod, Ijab Kabut adalah sebuah drama siri genre komedi romantik yang disiarkan di platform penstriman Viu pada tahun lalu.

Selain Azira, drama bersiri Viu Original arahan Faliq Sharif ini turut menampilkan pelakon Fadlan Hazim dan Iedil Dzuhrie Alaudin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Dua maut akibat letupan di kilang