suria

Ugutan culik anak belum tahap membimbangkan, Nabila Huda terfikir jika pernah sakiti hati sesiapa

Nabila hanya berdoa agar anaknya diberi pelindungan.

PELAKON Nabila Huda pilih mengabaikan ugutan diterima daripada individu tidak dikenali di media sosial memandangkan ia belum ke tahap membimbangkan.

Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, bagaimanapun tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ia menganggu keselamatan anak perempuannya iaitu Keisha Laila, 13.

"Isunya hanya sekadar saya memakai kebaya, memang menjadi isu dari dulu sehingga sekarang.

"Kalau saya menjawab ia tidak akan habis, bagi saya orang Melayu ini sepatutnya bersatu. Sebab itu saya malas nak layan perkara ini.

Abil

Nabila terima ugutan kerana mengenakan kebaya.

"Kalau dilayan dan difikir kita pula yang jadi tertekan. Jadi susah nak bergerak ke sana sini. Takkan kita nak hidup dalam ketakutan pula," katanya kepada mStar.

Nabila mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media program The Masked Singer Malaysia musim keempat yang diadakan pada Rabu lalu.

Cerita Nabila, sebagai ibu dia tentunya bimbang dengan keselamatan anaknya malah tercari-cari kesalahan diri sekiranya pernah menyakiti sesiapa tanpa sengaja semasa menerima ugutan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda dituduh pencuri budaya Indonesia, individu ugut mahu culik anaknya

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah amal sejak 15 tahun lalu, Nabila Huda belanja separuh gaji berlakon beli pakaian watak dalam drama

"Saya terus terfikir apa kesalahan yang saya buat. Pernah sakitkan hati sesiapa atau ada musuh ke?

"Kadang kita ini lupa lagi-lagi tingkah laku semasa muda... tak ingat kalau ada sakiti hati sesiapa dan lupa minta maaf," kongsinya.

Dalam pada itu, Nabila juga memberitahu dia tidak berkongsi ugutan tersebut kepada anaknya mahupun suami, Mohd Izwan Johar kerana tidak mahu kehidupan keluarganya terganggu oleh perkara itu.

2397333

Ugutan culik diterima di media sosial.

Sebagai orang Islam, dia juga percaya berdoa adalah senjata yang terbaik untuknya mendapatkan pelindungan.

"Sebenarnya, saya tak beritahu pun pada Keisha mengenai hal dengan suami pun saya tak ada bincang apa-apa.

"Saya tak nak benda ini menjadi isu yang besar dalam keluarga lagipun kalau saya kongsi benda ini dengan suami dia akan suruh saya jangan layan dan anggap mengarut.

"Saya rasa orang-orang macam ini kurang kasih sayang dan mahukan perhatian. Apa yang boleh kita buat... kita berdoa jelah," ujarnya.

Sebelum ini, Nabila berkongsi dirinya menerima ugutan dalam satu hantaran di platform X yang kononnya mahu menculik anak tunggalnya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain