suria

Selepas keluar makan berdua, kali ini Syafiq Kyle bagi Mimi Lana kek brownies sempena hari jadi... “Gigih buat sebelum shooting jauh”

Syafiq menghadiahkan brownies buat Mimi.

SELEPAS tular video menikmati makan malam bersama di sebuah restoran baru-baru ini, pelakon Mimi Lana sekali lagi memberi bayangan hubungannya dengan Syafiq Kyle masih baik.

Terbaharu, Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, berkongsi video menerima kek brownies daripada Syafiq sempena ulang tahun kelahirannya.

Malah, pelakon drama Perempuan Itu turut mengucapkan terima kasih kepada Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, kerana sempat menyediakan kek berkenaan sebelum dia menjalani penggambaran di luar kawasan.

Mimi menerima kejutan daripada Syafiq.

Mimi menerima kejutan daripada Syafiq.

"Tapi saya pandai makan brownies. Terima kasih Syafiq gigih buatkan brownies sebelum shooting jauh-jauh. Tak sabar nak makan," katanya menerusi satu hantaran di Instastory.

Dalam video itu, Mimi menunjukkan kek brownies yang diterima dalam kotak putih.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto pangku bayi sama di restoran buat peminat tertanya-tanya, doa Syafiq Kyle dan Mimi kembali bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana muat naik video bersama Syafiq Kyle, peminat yakin masih bersama walau batal nikah

Syafiq turut menulis ucapan selamat hari ulang tahun kelahiran buat aktres berkenaan dan memberitahu dirinya tidak pandai membuat brownies.

"Happy birthday yang ke-28. Tak pandai buat brownies tapi...," tulisnya.

Sebelum ini, tular sebuah video memperlihatkan Mimi dan Syafiq makan malam di sebuah restoran yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur.

Mimi menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-28.

Mimi menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-28.

Pada Ogos lalu, pengurus Mimi iaitu Iman Tang mengesahkan pembatalan majlis pernikahan dan resepsi pasangan berkenaan disebabkan mereka terikat dengan jadual penggambaran selain Mimi perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan Syafiq.

Pasangan itu sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos lalu, sementara majlis resepsi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada sebelah malam.

Untuk rekod, pasangan ini juga pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar di media sosial dan melangsungkan pertunangan pada Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain