suria

Fazley Yaakob kongsi kereta tetamu ditoreh pisau, kejadian mistik ketika bersanding - “Pelbagai liku pedih, perit dan siksa”

Fazley dedah banyak tragedi buruk berlaku semasa majlis persandingannya.

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mendedahkan berlaku beberapa insiden ketika majlis persandingannya dengan isteri berlangsung sekitar 17 tahun lalu.

Masih terniang-niang dalam fikiran, Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 45, berkata, paling diingati adalah tragedi kereta tetamu yang hadir ditoreh dengan pisau dan batu.

Tidak hanya itu kongsi Fazley, mereka juga berdepan dengan pelbagai kejadian mistik namun bersyukur majlis tersebut berjalan lancar seperti dirancang.

Fazley 1 (1)

Antara gambar-gambar yang dikongsi Fazley.

"Masih teringat semua kereta tetamu ditoreh menggunakan pisau dan batu kerana menghadiri majlis kami.

"Pelbagai lagi perkara mistik turut kami tempuhi ketika itu tetapi syukur pada Allah semua cubaan itu digagalkan, Allah tetap merahmati dan mengizinkan berlangsungnya majlis kami," katanya.

Fazley berkongsi detik itu dalam satu hantaran di Instagram miliknya bersempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-17 dengan Datin Azrene Ahmad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena boikot tidak halang Fazley Yaakob bekerjasama dengan Starbucks, tempat cari rezeki pekerja tempatan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tengah sibuk tumbuk sambal pun kena jawab isu Mawar Rashid buka tudung... Fazley Yaakob ulas spekulasi rumah tangga adik bergolak

Melalui kapsyen tersebut, Fazley juga merakamkan penghargaan kepada isterinya kerana sentiasa bersama-sama dalam menghadapi cabaran dan liku-liku perkahwinan.

"17 tahun bersama dan mempunyai empat anak bukan perjalanan yang mudah. Kami melalui pelbagai liku-liku pedih, perit dan siksa dari awal perkahwinan sebelum mampu tiba ke 7 November 2023.

"Terima kasih adik sayang kerana menjadi sahabat baik saya, pasangan yang sentiasa memahami saya dan ibu kepada anak-anak kita.

Fazley 2

Fazley dan isteri berkahwin pada 7 November 2007.

"Selamat ulang tahun ke-17 dan selamat mendaki di Everest Camp. Saya dan anak-anak menunggu kepulangan awak di rumah," ujarnya.

Untuk rekod, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Mereka adalah Ahmad Fariedz Shah, 14, Ahmad Fieradz Shah, 13, Ahmad Firudz Shah, 11 dan Alayna Selma, 6.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain