suria

Netizen tak puas hati masih kekal di GV… Aliff Aziz minta fikir dulu sebelum tulis komen, ingat akhirat

Aliff Aziz tidak pernah membaca komen negatif yang dilontarkan kepadanya.

NAMANYA sering dipetik sebagai peserta paling layak tersingkir di All Stars Gegar Vaganza (ASGV), penyanyi Aliff Aziz menitipkan nasihat kepada netizen yang sentiasa tidak berpuas hati dengan nyanyiannya.

Kata Aliff atau Muhammad Aliff Aziz, 32, sebagai manusia mereka perlu lebih berhati-hati dalam meninggalkan komen supaya tidak melukakan hati orang lain.

Malah, Aliff juga mengakui tidak pernah membaca komen-komen negatif yang dilontar terhadapnya.

Aliff Aziz 3

Aliff harap netizen dapat berfikir dahulu sebelum memberikan komen.

"Secara jujur, saya tidak pernah baca. Ia untuk diri saya sendiri dan juga untuk bersihkan fikiran saya.

"Kita tidak boleh nak merayu semua orang. Saya harap kepada semua yang nak tinggalkan komen itu, tidak semestinya dalam dunia hiburan, berhati-hatilah.

"Ini kerana kita takut satu hari nnti kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita kongsi. Kalau benda itu melambatkan proses (di akhirat) nanti, apa gunanya?" katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah bukan ‘insecure’, peluang kedua bukti masih percaya pada Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz mohon maaf kepada Bella Astillah, tiada niat gores hati isteri

Enggan ambil pusing komen netizen itu, Aliff berkata selagi juri merasakan dirinya layak berada di pentas itu, dia akan terus melakukan yang terbaik dalam persembahan nyanyiannya.

"Selagi juri rasa saya layak, masih bertenaga dan ada kudrat, saya akan perbaiki diri.

"Dan saya akan pergi sejauh yang saya boleh," ujarnya.

Saya tidak pernah baca. Ia untuk diri saya sendiri dan juga untuk bersihkan fikiran saya.

ALIFF AZIZ

PENYANYI

Sebelum ini, Aliff Aziz adalah peserta yang disebut-sebut netizen paling layak untuk tersingkir di ASGV kerana teknik nyanyiannya yang dianggap seperti berbisik.

"Seriuslah Ezad boleh kalah dengan Aliff Aziz? Kenapa la nak simpan lama-lama. Tak faham la.

Aliff Aziz 2

Antara komen-komen yang ditujukan kepada Aliff.

"Apa Nikki bawah Aliff Aziz. Dekat sini pun dan boleh tahu dia memang anak emas haha.

"Aliff Aziz ni, nyanyilah menguap macam mana pun, tetaplah dipuji... tiba-tiba juri pekak masa dia nyanyi," kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain