suria

Ingatkan hanya bergurau, Zizan Razak hadiah abang motosikal XMax 250 hampir RM25,000

Abang terharu terima motosikal daripada Zizan.

ABANG kepada Zizan Razak meluahkan rasa terharu apabila pelawak berkenaan menghadiahkan motosikal idamannya jenama Yamaha model XMax 250.

Hafiza Razak berkata, pelawak berusia 39 tahun itu membawanya ke kedai motosikal milik personaliti media sosial iaitu Boss James untuk membeli kenderaan tersebut.

Zizan sebelum itu memintanya mencuba menunggang beberapa motosikal lain sebelum mengetahui bakal menerima sebuah motosikal yang dianggarkan berharga RM25,000.

Zizann

Hafiza terharu dengan kasih sayang Zizan terhadap dirinya.

Terkejut dan seakan terpaku apabila mengetahui dia menerima motosikal idaman, dia segera memluk Zizan dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Dah habis ‘test’, sekarang sembang-sembang saja la. Tiba-tiba berurusan macam nak beli. Masa ini aku masih keliru, ingatkan bergurau.

"Ini adalah momen aku rasa gembira dan sedih. Adik aku sanggup susahkan diri untuk aku," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semakin tua lebih pentingkan diri sendiri...” - Zizan tiada rancangan ‘comeback’ Jozan, fokus haluan masing-masing

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi minat tengok perlumbaan kereta, Ahirine Ahirudin jawab hubungan dengan Zizan Razak

Perkongsian yang dimuat naik pada Jumaat itu meraih 1.2 juta tontonan dan lebih 45,000 tanda suka.

Rata-rata netizen menyifatkan Zizan seorang yang pemurah dan mementingkan keluarganya.

Malah ada juga yang baru mengetahui pelawak berkenaan bukannya anak tunggal memandangkan dia jarang mendedahkan mengenai keluarganya.

"Baru tahu Zizan ada adik beradik lain, ingat anak tunggal. Tapi pemurah Zizan dengan keluarga.

"Zizan membuat satu contoh,utamakan adik beradik dahulu jika salah sorg ada rezeki lebih. Terbaik Zizan," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain