suria

Teragak-agak beri maksud peribahasa Melayu, netizen cadang peserta HeroDewi Remaja masuk PLKN

Antara peserta HeroDewi Remaja yang dikecam netizen.

BELUM pun bermula pertandingan, peserta HeroDewi Remaja 2023 mula dikecam netizen di media sosial susulan kelihatan tergagap-gagap ketika diminta menyebut peribahasa Melayu dalam satu temu bual.

Ada yang marah manakala tidak kurang bersimpati dengan peserta berkenaan kerana tidak mengetahui peribahasa yang dianggap sebagai asas pengetahuan sebagai rakyat Malaysia.

Dalam video berkenaan, terdapat berberapa finalis Dewi Remaja yang kelihatan teragak-agak berkongsi peribahasa kegemaran mereka.

HeroDewi Remaja 2023 menampilkan 16 peserta.

HeroDewi Remaja 2023 menampilkan 16 peserta merebut gelaran juara.

Malah ada di antara mereka tidak menghafal dan menggunakan perkataan tepat untuk peribahasa yang diberikan.

Susulan itu, ramai mempersoalkan tindakan produksi memilih mereka menyertai program berkenaan selain bertanya tentang kriteria sebenar yang dicari dalam diri seorang peserta.

"Mereka ini semua dapat masuk Dewi Remaja berdasarkan apa sebenarnya? Semasa SPM, semua dapat G (gagal) ke?

"Kenapa semua bercakap macam tiada ilmu?," luah netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Cucu Normah Damanhuri peserta HeroDewi Remaja 2023, Fitri Farok mahu terus legasi nenek

ARTIKEL BERKAITAN: Prihatin isu Palestin, Scha Alyahya tolak secara baik jemputan jenama antarabangsa ada kaitan Israel

Menerusi hantaran di TikTok, netizen turut mempertikaikan cara peserta Hero Remaja menghuraikan peribahasa popular iaitu 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga' yang lari daripada maksud sebenar.

Netizen bertambah geram apabila salah seorang peserta memberitahu maksud peribahasa itu adalah jika seseorang itu ingin mendapatkan sesuatu yang diingini, mereka tidak boleh menggunakan jalan mudah atau menipu.

Jawapan diberikan membuatkan netizen meminta peserta ini dimasukkan ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) terlebih dahulu.

"Dia minta masuk kelas HeroDewi Remaja pemulihan! Tolong masukkan dia dalam senarai PLKN.

Scha merupakan juri dan mentor bagi program berkenaan.

Scha Alyahya bertindak sebagai juri HeroDewi Remaja 2023.

"Sepandai-pandai kau cuba goreng akhirnya kantoi tidak berapa bijak jua," ujarnya.

Untuk rekod, HeroDewi Remaja musim kali ini bakal memperlihatkan seramai 16 orang peserta berentap merebut gelaran juara.

Selebriti popular dan juga juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya kembali sebagai mentor serta juri tetap untuk edisi kali ini setelah kali terakhir terlibat menerusi edisi Hero Remaja 2021.

HeroDewi Remaja 2023 bakal bersiaran setiap Jumaat di saluran Astro Ria pukul 10 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain