suria

Che Ta sedih IG kena gantung langgar ‘community guidelines’, buntu fikir cara dapat kembali akaun

Che Ta rungsing mahu dapatkan kembali Instagram miliknya.

PELAKON dan usahawan Rozita Che Wan meluahkan rasa kecewa apabila akaun Instagram miliknya digantung atas alasan terdapat pelanggaran garis panduan komuniti (community guidelines) ditetapkan sejak 15 September lalu.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkata dia juga menerima emel daripada pihak Instagram yang memintanya agar segera melakukan rayuan.

Katanya, dia diberi tempoh sehingga 13 Mac tahun depan untuk mengemukan rayuan sebelum akaun tersebut dihapuskan.

tata

Che Ta sudah berulang kali membuat rayuan dapatkan kembali Instagram miliknya.

“Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun belum berhasil.

“Malah saya juga sudah beberapa kali menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meminta pertolongan tapi kecewa tak pernah berangkat,” katanya.

Pelakon berusia 49 tahun ini juga mengakui dirinya buntu memikirkan tempat mencari rezekinya hilang buat sementara waktu.

Bagaimanapun itu tidak menjadikan alasan untuk dia berhenti berniaga sebaliknya menggunakan platform lain untuk mencari rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Che Ta tak boleh kawal marah, bengang pengacara tua hina anak perempuan tidak elok

ARTIKEL BERKAITAN: Bujang dan duda tak laku... Lelaki beristeri jadi rebutan, Rozita Che Wan pesan jangan tayang foto suami di media sosial

“Saya juga melakukan ulasan promosi produk di platform sama.

“Tapi sudah jadi begini, siapa yang tak sedih. Kini buat sementara waktu, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok,” katanya.

Menurut ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, dia masih meletak harapan yang tinggi untuk mendapatkan kembali akaun Instagram miliknya itu.

111

Guna cara lain untuk mencari rezeki.

Malah dia juga berharap sekiranya ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan untuknya mendapatkan kembali akaun tersebut.

“Tak mampu bayangkan jika akaun IG itu ‘lesap’ begitu saja. Sehingga kini IG saya sudah mempunyai 5.2 juta pengikut.

“Dari kerendahan hati dan diri, saya berharap akaun IG itu akan saya perolehi semula.

“Kalau ada pihak yang boleh membantu saya mendapatkan semula akaun IG itu, saya amat hargai. Mungkin mereka boleh hubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke akaun IG anak, suami atau teman rapat saya,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain