suria

Nelissa Nizam menggigil baca skrip, trauma teringat peristiwa hitam dalam kereta

Nelissa memilih untuk melupakan hal tersebut kerana mahu fokus kerjaya.

PELAKON Nelissa Nizam mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika di awal pembabitannya dalam industri seni.

Nelissa atau Nelissa Edreena Nizam, 25, berkata watak Saleha yang dilakonkan di dalam Siri Astro Original Riot! sangat dekat dengan dirinya kerana mempunyai kisah yang hampir sama.

Kata Nelissa, kejadian hitam itu berlaku di dalam kereta, malah apabila membaca skrip siri berkenaan membuat dirinya menggigil trauma.

"Ini adalah karakter yang paling mencabar buat saya... lain dari lain yang pernah saya bawa sebelum ini.

Snapinsta.app_357244277_329313416098750_6426134007297516993_n_1080

Nelissa mengimbau tragedi yang berlaku sewaktu mula menjadi artis.

"Ini adalah karakter yang bermakna buat saya sebab ia sangat berkaitan dengan diri saya. Saya pun pernah kena benda yang sama (gangguan seksual).

"Pengalaman saya sendiri kena di tempat kerja, sama macam watak saya dalam siri Riot! ini yang berlaku dalam kereta.

"Bila saya dapat skrip ini dan kena di dalam kereta terus saya menggigil," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video mesra, Nelissa Nizam kena tegur dengan netizen... Akui Zul Ariffin pemurah dan kelakar!

ARTIKEL BERKAITAN: Populariti melonjak selepas kongsi babak mesra, Nelissa Nizam syukur dapat peluang kenal Zul Ariffin

Nelissa berkongsi perkara itu semasa sidang media Siri Astro Originol Riot yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Menurut Nelissa, ketika itu dia masih belum memahami ragam dunia seni malah dirinya juga seorang yang peramah kerana bimbang dicop sebagai sombong.

Ketika itu saya budak dan tidak matang... kita ini cuba untuk peramah agar orang senang dengan kita.

NELISSA NIZAM

PELAKON

Bagaimanapun, dia kecewa apabila niat baiknya itu disalah ertikan sehingga ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan ke atas dirinya.

"Kita ini cuba untuk peramah agar orang senang dengan kita. Tapi orang itu tarik kita... cuba buat sesuatu.

"Pengalaman itu buat saya jadi trauma, kita nak baik... takkanlah kita nak sombong atau meninggi diri sebab kita nak datang set lebih senang.

"Ketika itu saya budak dan tidak matang dan dapat pula orang yang lebih berkuasa dan besar daripada kita jadi dia ambil kesempatan," ujarnya.

Snapinsta.app_362651284_1501796207224865_3675766371388536269_n_1080

Nelissa enggan dilabel sebagai artis sombong.

Enggan terus memikirkan kejadian tersebut, Nelissa memilih untuk melupakan hal tersebut agar tidak menjejaskan kerjayanya sebagai pelakon.

"Sebagai perempuan kita akan rasa kita yang salah. Bila kita cuba buat sesuatu dia cuba memansipulasi kita kemudian buat kita rasa bersalah.

"Bila saya rasa saya bersalah saya terus takut terus saya nak lupakan kejadian tersebut," luahnya lagi.

Nelissa berkata meskipun siri ini mencetuskan trauma namun para pelakon yang berkerjasama dengannya memberi kerja sama yang baik selain menghormati dirinya.

Malah dia bersyukur diberi peluang melakonkan watak Saleha selain berharap siri ini dapat memberi mesej yang baik kepada semua golongan terutama kaum wanita.

"Bila kita buat cerita pasal gangguan seksual, Alhamdulillah kesemua tim sangat membantu. Setiap pergerakkan akan ada perbincangan dan kerjasama.

"Abang Rashidi Ishak juga meminta izin untuk menyentuh saya," kongsinya.

Snapinsta.app_274197454_318358517002726_2364018448998469412_n_1080

Nelissa mahu terus fokus pada kerjaya seni.

Riot! menceritakan kisah fiksyen sebuah band iaitu Langkah Mayat yang memainkan muzik protes untuk menyuarakan keadilan untuk mangsa-mangsa ketidakadilan di kampus mereka.

Penyanyi utama mereka, Sal atau Saleha yang merupakan mangsa gangguan seksual oleh pensyarahnya bersama-sama rakan seperjuangannya berhasrat untuk memainkan lagu-lagu mereka untuk membawa kesedaran mengenai isu gangguan seksual.

Selain Nelissa, Riot! juga dibintangi Mia Sara Shauki, Tami Anadan, Aniq Durar, Rashidi Ishak, Iedil Dzuhrie Alaudin, Che Puan Sarimah Ibrahim, Uyaina Arshad dan ramai lagi.

Malah turut menampilkan secara istimewa daripada artis-artis tersohor seperti Yang Berhormat Altimet, Suki Low dan Awal Ashaari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain