suria

Ibu Fahrin Ahmad meninggal dunia di IJN

Ibu Fahrin meninggal dunia.

IBU pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad iaitu Merbyah Akwan meninggal dunia pukul 10.06 pagi, Sabtu.

Berkongsi khabar duka itu di Instagram, Fahrin, 44, berkata, ibunya meninggal dunia semasa dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Fahrin bagaimanapun tidak memperincikan punca kematian Allahyarham.

Fahrinn

Antara perkongsian Fahrin mengenai arwah ibunya.

"Bonda saya Almarhumah Merbyah Akhwan disahkan meninggal 10.06 pagi tadi di IJN," katanya.

Dalam pada itu, Fahrin memaklumkan segala urusan pengurusan jenazah akan dilakukan di IJN.

Jenazah kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota, Kajang selepas urusan menguruskan jenazah selesai.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Adi Putra meninggal dunia di Singapura

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Hasnul Rahmat meninggal dunia di Singapura

Malah jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukti Mahkota sebaik sahaja segala urusan selesai.

"Jenazah akan diuruskan di IJN, disolatkan di Masjdi At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota," kongsinya.

Sebelum ini, Farhin ada memohon agar orang ramai mendoakan urusan ibunya dipermudahkan.

Dalam perkongsian tersebut memaparkan tangan Fahrin bersama ibunya dipercayai semasa dirawat di IJN.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain