suria

Matang, tak mudah cemburu… Atiq Azman mahu wanita lebih berusia jadi pasangan

Atiq akui hatinya masih belum dimiliki mana-mana wanita.

PELAKON Atiq Azman mengakui dirinya lebih selesa jika bertemu jodoh dengan wanita lebih berusia.

Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Raja Azman Shah, 23, berkata kriteria tersebut menjadi pilihannya kerana golongan tersebut lebih matang.

Tambah Atiq, pasangan lebih muda memiliki sikap cemburu dan sukar memahami kerjayanya membuatkan dia bimbang untuk meneruskan hubungan itu.

378019421_18316256164096795_7793053099950016427_n

Atiq akui suka wanita yang matang.

"Saya terbuka kepada sesiapa sekali pun... memilih itu ya tapi saya suka umur yang atas saya.

"Sebab yang bawah ini mereka masih lagi nak belajar dalam hubungan cinta. nanti mulalah cepat cemburu, tak faham itu ini. Itu yang menjadi punca putus.

"Saya tak nak macam itu, kalau boleh tak nak ada masalah takut menganggu kalau saya ada penggambaran," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan Atiq Azman naik pelamin, rupanya dapat mak tiri baharu - “Ibu bapa saya berhak bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN: Makin sado! Atiq Azman tayang badan, belanja ‘six pax’ buat peminat tak keruan

Berkongsi lebih lanjut mengenai status dirinya, Atiq mengakui dia masih bujang dan belum dimiliki oleh mana-mana wanita.

Kata Afiq, dia juga tidak menolak sekiranya pasangannya berada dalam bidang yang sama dengannya.

"Saya tak kisah walau orang industri pun," ujarnya.

iiai

Atiq mahu kumpul aset sebelum kahwin.

Sebelum ini, Atiq ada memaklumkan dirinya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga meskipun telah ramai yang bertanya.

Ini kerana dia belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami selain perlu mempersiapkan diri sebelum melangkah masuk ke alam perkahwinan.

"Belum lagi terfikir nak kahwin! Saya tengah kumpul dulu apa yang kurang, nak jaga anak orang perlukan duit.

"Rezeki memang datang daripada Allah tapi dalam masa sama persediaan itu penting," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain