suria

Tayang badan six pack dalam ‘Malbatt Misi Bakara’… Ikhram Juhari bukan menunjuk, mahu naikkan nama askar

Ikhram digelar sebagai abang takraw menerusi filem Malbatt Misi Bakara.

AKSI tayang badan pelakon Ikhram Juhari dalam filem Malbatt Misi Bakara menarik perhatian penonton sehingga ramai mula menyedari kewujudan aktor ini.

Dipuji pandai menjaga badan, Ikhram atau Mohamad Noor Ikhram Juhari, 31, yang digelar sebagai abang takraw dalam filem itu menjelaskan tujuannya berkongsi video tubuh di media sosial bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

Sebaliknya, Ikhram berkata dia mahu memberi kesedaran kepada orang awam bahawa askar juga perlu untuk mempunyai semangat bagi mendapatkan bentuk badan sedemikian.

IKHRAM2 - 1

Ikhram hanya mahu mengetengahkan karakter pejuang askar.

"Sebelum ini orang ramai hanya mengetahui bahawa bomba sahaja mempunyai six pack.

"Tapi, tujuan saya muat naik video tanpa baju adalah untuk memberitahu orang ramai, askar juga perlu buat badan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Malbatt Misi Bakara' filem terakhir Hairul Azreen, umum bersara sebagai pelakon

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Adrian Teh beri mesej berharga... ‘Malbatt Misi Bakara’ kutip RM13.5 juta selepas 6 hari tayangan

"Mereka juga ditugaskan untuk menjaga negara jadi perlu ada badan sedemikian. Saya sebenarnya nak naikkan nama askar," katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai rutin dilakukan untuk mendapatkan bentuk badan idaman, Ikhram berkata dia membuat latihan fizikal dalam tempoh dua bulan.

Sebelum ini orang ramai hanya mengetahui bahawa bomba sahaja mempunyai six pack.

IKHRAM JUHARI

PELAKON

"Sebenarnya saya mula main gim pada tahun 2015, tapi untuk diet (bagi filem ini) saya buat paling sekejap. 2 bulan 10 hari sahaja.

"Saya tidak makan karbo, cuma makan ayam rebus dan ambil protein. Selain daripada itu tidak ada apa," ujarnya.

Gara-gara memiliki tubuh idaman, pelakon ini mengakui jumlah pengikutnya di Instagram dan TikTok semakin bertambah.

"Di Instagram, daripada 47,000 sekarang naik dah nak sampai 55,000 pengikut. Di TikKok pula, sebelum ini daripada 38,000 sekarang mencecah hampir 50,000," ujarnya.

Ikhram juga mendedahkan bahawa dia tidak menerima sebarang kiriman mesej berbaur lucah, malahan peminat hanya melontarkan kata-kata positif selain bertanya cara untuk mendapatkan bentuk badan idaman.

"Mereka yang mesej ini bagi kata-kata positif. Mereka hargai dan nampak kesungguhan kita untuk buat kisah berkenaan askar Malaysia.

IKHRAM1 - 1

Ikhram bersama rakan seangkatan, pelakon Hairul Azreen.

"Ada juga yang tanya progres buat badan. Berkenaan mesej berbaur lucah, memang tiada setakat ini. Semua benda positif sahaja," katanya.

Sebelum ini, Ikhram mendapat perhatian ramai apabila membuat hantaran gambar dan video berkenaan sixpacknya di akaun media sosial miliknya.

Rata-rata peminat meminta Ikhram untuk berkongsikan tips untuk mendapatkan badan seperti itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain