suria

Lah Ahmad cabar diri beraksi depan kamera, bukan mudah bawa watak berebut wang tunai RM1 juta

Lah cabar diri membawakan watak Joe.

TAMPIL sebagai pelakon dalam drama terbaharu berjudul One Million Dollar Voice, penyanyi Lah Ahmad menyifatkan ia sebagai satu tawaran mencabar memandang beraksi di hadapan kamera bukanlah keistimewaan dirinya.

Kata Lah atau Abdullah Ahmad, 43, membawakan watak Joe adalah satu tanggungjawab besar kerana dia perlu memberikan gambaran kepada umum tentang selok-belok dunia seni.

Lebih mencabar apabila watak tersebut memerlukan dia menyanyi serta berlakon.

lah ahmad 2

Lah berharap lakonannya dapat diterima penonton.

"Saya suka mencuba sesuatu yang baru. Memang bidang lakonan ini mencabar namun saya anggap ia sebagai satu perkara positif.

"Ada beberapa babak yang mencabar akal serta pergerakan, namun ia hanyalah tugasan yang perlu saya lakukan untuk menjayakan watak.

"Semoga kemunculan kali ini dapat diterima baik oleh masyarakat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto buat kerja rencam disangka hidup susah, rupanya Ebi Kornelis (AF5) ada syarikat sendiri di Sabah

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun dengan SOG... Riko Agus umum tidak lagi bersama Sekumpulan Orang Gila

Bercerita lanjut mengenai watak Joe, Lah berkata drama ini mengangkat kisah perjalanan seorang lelaki yang berdepan kemelut hutang demi menyelamatkan nyawa isteri.

Lebih menarik, drama ini berkonsepkan program realiti apabila semua watak memiliki kisah hidup berbeza demi mendapatkan hadiah wang tunai.

"Drama ini sangat berbeza kerana ia menampilkan ramai pelakon dengan latar cerita berbeza. Semua watak mahu mendapatkan wang tunai satu juta.

Saya suka mencuba sesuatu yang baru. Memang bidang lakonan ini mencabar namun saya anggap ia sebagai satu perkara positif.

LAH AHMAD

PENYANYI

"Mereka membawa kisah tersendiri untuk tontonan ramai," jelasnya.

Berkongsi mengenai karier nyanyian, Lah meluahkan rasa teruja apabila kemunculannya baru-baru ini bersama kumpulan Ruffedge di konsert Ruffera: That Moment In Time Tourmen menerima sambutan baik peminat.

Baginya kelompok peminat yang mendengar lagu-lagu Ruffedge juga sama seperti mereka yang meminati karya-karya sebelum ini.

lah ahmad 3

Barisan pelakon One Million Dollar Voice.

Malah dia merancang untuk mengadakan lebih banyak kolaborasi bersama Ruffedge selepas lagu mereka berjudul Putus diterima baik pendengar.

“Tak sangka kemunculan di konsert baru-baru ini diterima ramai. Ketika itu saya terfikir kami mempunyai kelompok peminat sama. Kita bagaikan satu keluarga besar.

"Selepas ini akan ada perancangan untuk bekerjasama dengan Ruffedge selepas sambutan positif terhadap lagu sebelum ini," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain