suria

Jejaka Melayu pilihan Daniella Sya, sifat sopan dan lemah lembut buat hati terpikat

Nama Daniella semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar drama Melayu.

TANPA berselindung pelakon Daniella sya memberitahu sedang diulit bahagia menyulam cinta dengan seorang jejaka Melayu yang berjaya menawan hatinya.

Meskipun mereka baru sahaja menjalinkan hubungan istimewa, Daniella atau Sya Yeng Yeng, 35, berkata, mereka sudah mula bercakap soal perkahwinan namun masih belum bersedia menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

"Hubungan kami masih baru dan dia bukan seorang selebriti. Kami pernah bercakap tentang perkahwinan namun saya sendiri belum bersedia ke arah itu.

"Apa yang buat saya terpikat adalah kerana sifatnya yang sopan, tutur katanya lemah lembut dan dia seorang yang penyabar," katanya kepada mStar.

daniella sya 3

Daniella akui belum bersedia untuk berkahwin.

Daniella berkongsi mengenai teman lelakinya itu ketika hadir ke majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Hijrah Jannah baru-baru ini.

Mengulas mengenai penglibatannya dalam drama berkenaan, Daniella berkata, dia mememang watak sebagai Jannah iaitu seorang wanita mualaf.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang masalah menjayakan peranan itu kerana sebelum ini pernah melakonkan watak serupa malah penampilan berhijab membuatkan dia rasa selamat dan tenang.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto Daniella Sya berbikini buat netizen tidak senang - “Mereka keliru sangka saya orang Melayu”

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak buang masa cakap fasal Syamsul, Puteri Sarah serah pada mahkamah isu rumah tangga

Sering berlakon sebagai seorang mualaf, Daniella berkata, keluarganya yang berbangsa Cina dan beragama Buddha juga tidak pernah menghalang minatnya terhadap dunia lakonan.

“Dalam keluarga saya kami bebas untuk belajar tentang agama lain. Jadi apabila memegang watak sebagai wanita Muslim dalam drama ia bukan satu masalah buat saya dan keluarga.

Hubungan kami masih baru dan dia bukan seorang selebriti.

DANIELLA SYA

PELAKON

“Malah dalam drama kali ini saya rasa selamat memakai tudung kerana tidak perlu fikir soal gaya rambut atau penampilan. Saya juga rasa tenang bila berhijab,” ujarnya.

Drama yang turut menampilkan pelakon Remy Ishak dan Puteri Sarah Liyana ini bakal memulakan siaran pada 5 Jun di saluran Astro Ria dan diarahkan oleh Feroz Khan.

Pernah menerima kecaman gara-gara berpakaian seski sebelum ini, Daniella juga sudah lali dengan tanggapan sesetengah pihak yang tidak mengetahui latar belakang sebenarnya.

daniella sya 1

Daniella bergandingan bersama Remy dan Puteri Sarah dalam drama Hijrah Jannah.

Malah dia juga lebih selesa menjadi diri sendiri dan tidak mahu terlalu mengikut kehendak ramai.

“Kalau saya hendak berhati-hati tentang perkongsian di media sosial lebih baik ia dilakukan dalam kehidupan sebenar juga.

"Kalau sekarang saya tidak berkongsi gambar seksi, siapa tahu suatu hari nanti sebaliknya pula akan berlaku. Jadi apa yang lebih penting adalah kenal diri sendiri,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain