suria

[V] Akibat fitnah dan campur tangan, Tash Yong & Boss Kay buat keputusan nikah luar negara April lalu

DALAM diam rupa-rupanya pelakon Tash Yong sudah bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial sensasi iaitu Khaireel Azlee Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Boss Kay.

Pasangan ini bernikah pada 8 April lalu dalam satu majlis yang diadakan di luar negara.

Tash atau Nur Natasha Shazlia Rosli, 33, berkata, mereka terpaksa merahsiakan hal tersebut kerana ingin menguruskan beberapa perkara penting sebelum bersedia membuat pendedahan kepada umum.

"Benar kami sudah bernikah pada Ramadan lalu. Sepatutnya kami bernikah lebih awal dan mengadakan majlis di Malaysia namun disebabkan fitnah dan campur tangan orang lain, maka kami buat keputusan untuk bernikah di luar negara.

"Tiada istilah nak sorok atau kahwin terburu-buru. Kami utamakan hal yang penting dahulu iaitu bernikah. Iyalah, kami pun selalu bersama, jadi mahu elakan fitnah lebih baik kami nikah.

tash yong 1

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan di luar negara.

"Saya mohon maaf jika ada yang salah faham melihat kami sering bersama sebelum ini," katanya kepada mStar.

Pasangan ini ditemui ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka mStar, Majoriti dan Majoriti 7 yang berlangsung di Menara Star pada Selasa.

Dalam pada itu, Tash berkata, suaminya yang berusia 39 tahun itu juga sudah bercerai dengan dua isterinya sebelum ini namun mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang mengenai hal tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan live TikTok, Boss Kay hantar video lafaz cerai 10 saat kepada isteri... Wajah ceria jatuh talak 2, rasa lebih positif

ARTIKEL BERKAITAN: Takut nak jawab isu buka tudung, Tash Yong akui iman tak cukup kuat... Jelaskan status dengan ‘TikTok Coach’ terkenal

Kata Tash, dia tidak berhak masuk campur mengenai apa sahaja yang berlaku dalam perkahwinan suaminya itu sebelum ini.

"Lebih elok saya tak bercakap (perkahwinan suaminya sebelum ini) sebab ia melibatkan banyak pihak dan sejujurnya ia tiada kaitan dengan saya.

"Sekarang ini lebih baik saya fokus pada hubungan kami. Syukur kami sudah bergelar suami isteri dan doakan yang terbaik untuk kebahagiaan kami," ujarnya.

tash yong 3

Tash mengakui kini lebih bahagia.

Nama Boss Kay sebelum ini pernah tular di media sosial susulan tindakannya menceraikan isteri keduanya, Norsufia Johari atau Cik Pia menerusi siaran langsung di TikTok.

Mengakui kini lebih bahagia dan tenang, kata Tash rakan-rakan juga mula melihat perubahan pada dirinya selepas bergelar isteri kapada Boss Kay.

"Ada rakan-rakan sekeliling yang kurang setuju dengan hubungan saya bersama Kay sebelum ini. Namun apabila mereka lihat kini saya lebih tenang dan gembira maka semuanya setuju dengan pilihan ini," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain