suria

Lima bulan sulam cinta, Ubai lelaki sempurna buat Shila Amzah... ada pula sangka ucapan perpisahan!

Shila dan Ubai sudah lima bulan menjalinkan hubungan cinta.

LIMA bulan menyulam cinta, penyanyi Shila Amzah menyifatkan kekasihnya iaitu Ubai sebagai seorang jejaka yang sempurna buat dirinya.

Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, turut memuji ubai yang telah memberikan kasih sayang terhadap anak lelakinya, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

"Terima kasih untuk lima bulan yang indah. Awak menjadi pasangan yang sempurna buat saya. Terima kasih kerana telah memberikan kasih saya buat Seth.

Shila IG

Ada yang salah faham mesej yang ditinggalkan Shila buat Ubai.

"Saya mengharapkan yang terbaik untuk awak, saya doakan awak dimurahkan rezeki dan semoga awak mendapat segala apa yang awak hajati Ubai.

"Terima kasih untuk semuanya. Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat buang ketumbuhan di kepala, Shila Amzah dedah cyst melarat di mata Ubai pula

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah orang tahu saya bahagia” - Kantoi panggil sayang ketika buat video ‘live’, Shila Amzah rapat dengan Ubai

Shila meluahkan perkara tersebut menerusi satu perkongsian di laman Instagrma miliknya pada Rabu berserta gambar mereka berdua.

Bagaimanapun perkongsian tersebut menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen yang menyangka hubungan mereka sudah berakhir.

Malah ramai tersalah tafsir mesej ditinggalkan Shila itu seolah-olah mereka berpisah secara baik dan penyanyi itu meluahkan kata-kata terakhir buat Ubai.

shila1 - 1

Ubai turut berkongsi petikan kata-kata romantik buat Shila di Instastory.

"Cinta tidak semestinya memiliki. Takdir Allah itu rencana paling indah berbanding keinginan kita sendiri.

"Tak jadi kahwin ke? Mesej ini macam dua-dua nak putus secara persetujuan bersama. Rasanya putus disebabkan perkara lebih baik," komen netizen.

Sementara itu Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkifli, 25, turut berkongsi petikan kata-kata romantis di Instastory miliknya dipercayai ditujukan kepada Shila.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain