suria

“Cukuplah orang tahu saya bahagia” - Kantoi panggil sayang ketika buat video ‘live’, Shila Amzah rapat dengan Ubai

Shila kini rapat dengan Ubai.

TINDAKAN penyanyi Shila Amzah tersasul memanggil personaliti media sosial iaitu Ubi dengan panggilan sayang ketika sesi siaran langsung di TikTok menimbulkan spekulasi mereka mempunyai hubungan istimewa.

Apatah lagi Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dan Shila sebelum ini sering memuat naik kandungan media sosial bersama menguatkan lagi perkara tersebut.

Tidak menafikan sedang rapat dengan Ubai, Shila bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung soal hubungan mereka berdua ketika ini.

shila 2

Hubungan Shila dan Ubai semakin menjadi perhatian di media sosial.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata cukuplah orang tahu saya bahagia seolah-olah memberi bayangan mereka bersama.

"Cukuplah orang tahu saya bahagia," jelasnya ringkas menjawab pertanyaan mStar ketika siaran langsung di Instagram miliknya pada Selasa.

Soalan sama juga pernah diajukan kepada pembantu peribadinya sebelum itu dan pihaknya tidak menafikan hal berkenaan dan membiarkan orang ramai membuat andaian menerusi perkongsian di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah luah kisah kegagalan cinta dan rumah tangga dalam ‘Jauh Hati’... “Sejujurnya semua hubungan saya teruk”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman mengajar Shila Amzah jadi lebih matang... ‘tak kuasa’ melayan komen netizen terus pertikai penyertaannya dalam GV

"Macam yang anda semua lihat di media sosial, itulah dia," katanya.

Menerusi temu bual bersama Harian Metro, Ubai memberitahu dia dan Shila memang sudah lama berkenalan namun hubungan mereka kembali rapat selepas penyanyi itu bercerai dengan bekas suami.

"Hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya (bercerai).

Hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya (bercerai)

UBAI

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Tak sangka hubungan itu lama-kelamaan menjadi semakin serius dan dia berkongsi mengenai hubungan kami ketika siaran langsung di TikTok," katanya.

Sementara itu, Shila kini sedang sibuk dengan persiapan menjelang Anugerah Juara Lagu ke-37 yang bakal berlangsung pada Ahad.

shila 3

Shila, Ubai dan dua lagi sahabat mereka tampil dengan kandungan media sosial sendiri.

Shila mempertaruhkan lagu Bahagiakan Dia nyanyian bersama Liza Hanim.

Untuk rekod, Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun bercerai pada Februari tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain