suria

Tempoh 10 minit bertentang mata dengan bintang Ant-Man sudah memadai buat Sofyank, ada kejutan buat peminat

Sofian bertemu dengan pelakon AntMan and the Wasp: Quantumania.

PERSONALITI media sosial Sofyank menyifatkan tempoh 10 minit bertemu hero filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania iaitu Paul Rudd dan Jonathan Majors lebih daripada cukup bagi menghasilkan video kolaborasi bersama bintang Hollywood berkenaan.

Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah, 26, berkata, dia sebenarnya tidak menyangka dapat meluangkan masa selama itu kerana kebiasaannya pihak penganjur memberikan tempoh lima minit untuk menghasilkan video atau temu bual.

"Alhamdulillah saya dah bersyukur sangat sebab pengalaman bertemu John Cena dan Ryan Reynolds sebelum ini pun hanya dapat lima minit sahaja.

sofyank1  - 1

Sofian dan Paul ketika bertemu di Sydney tempoh hari.

"Apabila diberitahu dapat 10 minit saya tak rasa singkat sebab ia sudah memadai dan paling lama pernah saya dapat," katanya kepada mStar.

Sofyank bertemu dua bintang Hollywood itu bagi menghasilkan kandungan video bagi mempromosikan filem berkenaan yang diadakan di Sydney, Australia pada 1 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun kenal gadis Kelantan, Sofyank lega ‘student’ selamat jadi isteri! Ramai ramal video kahwin gempak habis

ARTIKEL BERKAITAN: Sofyank throwback kisah 10 tahun lepas, edit video guna 'laptop pinjam' - "Itu pun boleh dua kali sebulan je..."

Dalam pada itu, Sofyank memberitahu ini merupakan pengalaman kedua dia bekerjasama dengan artis luar negara secara bersemuka.

Bagaimanapun, Sofyank tidak dapat berkongsi lanjut mengenai pengalaman manis bertentang mata dengan Paul dan Jonathan kerana ingin membuat kejutan pada video yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Anda perlu menonton video yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

SOFYANK

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Sebelum ini saya buat projek khas begini menerusi temu bual secara dalam talian sahaja. Hanya Will Smith dan dua pelakon Ant-Man saya dapat bersua muka.

"Pertemuan dengan Paul dan Jonathan antara pengalaman manis kerana mereka banyak memberikan kata-kata bermakna buat saya sebagai seorang content creator.

sofyank12 - 1

Pernah bekerjasama dengan pelakon Will Smith.

"Tetapi buat masa ini saya tak boleh kongsi kerana anda perlu menonton video yang akan dilancarkan tidak lama lagi," katanya.

Untuk rekod, nama Sofyank mula meledak sejak beberapa tahun lalu selepas video dihasilkannya tular dan meraih perhatian ramai.

Will Smith turut mengulang siar video suntingan yang dihasilkan bersama Sofyank di Instagram miliknya pada 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain