suria

Tak sangka video ‘take over’ persembahan Bunkface viral… Pemuda dipuji buat hal atas pentas, biasanya nyanyi kenduri kahwin

Syamirul viral selepas menyanyi bersama Bunkface.

SIAPA sangka persembahan spontan seorang pemuda bernama Syamirul bersama kumpulan Bunkface dalam satu acara yang diadakan di Johor baru-baru ini menjadi tular di media sosial.

Berkongsi momen indah itu, Syamirul atau nama sebenarnya Muhammad Jasni Syamirul Khan Abd Jabar, 25, berkata dia terpilih menjadi salah seorang peminat bertuah dipanggil naik ke pentas untuk menyanyi bersama vokalis kumpulan tersebut iaitu Sam.

Syamirul berkata dia tidak menyangka Bunkface memanggilnya naik ke pentas, dalam masa sama gementar apabila diminta menyanyikan lagu berjudul Panik itu.

syamirul3 - 1

Syamirul tidak menyangka dirinya mula viral.

"Biasanya kalau Bunkface ni buat persembahan memang dia akan panggil peminat untuk sambung nyanyi lagu mereka.

"Tapi saya tak jangka mereka nak menyanyi lagu Panik. Saya memang tak pernah nampak lagi Sam panggil peminat untuk nyanyi lagu tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dunia akhir zaman, Bunkface tak perlu ikut trend buat gimik sebelum lancar lagu

ARTIKEL BERKAITAN: Dmasiv intai Amy Search dan Bunkface sebagai rakan duet, janji persembahan luar biasa sempena ulang tahun ke-20

"Saya memang teruja dan bersemangat nak menyanyi dan bila Sam notice saya, memang saya terus naik ke atas pentas," katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, Syamirul turut tidak menyangka persembahannya itu menjadi viral dan menerima pujian ramai di media sosial.

Malah, anak kelahiran Johor itu terharu apabila mendapat banyak komen positif yang memuji persembahannya pada malam itu.

Waktu tu saya memang tengah berangan saya jadi macam mereka... itu sebab saya all out atas pentas.

SYAMIRUL

"Masa saya balik daripada konsert tu pada mulanya tak ada apa lagi. Bila sampai rumah telefon bimbit saya mati dan saya cas barulah dapat banyak notification.

"Esoknya saya terima banyak DM dan komen daripada netizen dan video saya juga sudah banyak mendapat tontonan ramai.

"Ada satu komen tu saya ingat, dia cakap mulanya ingat saya ni acah-acah poyo tetapi lepas saya menyanyi mereka mula terkejut dan tak percaya," ujarnya.

syamirul2 - 1

Syamirul menyertai Truebunkers sejak usia 18 tahun.'

Ditanya bagaimana dia begitu yakin membuat persembahan di khalayak umum, Syamirul memberitahu ini bukan kali pertama dia dipanggil ke atas pentas sewaktu persembahan Bunkface.

"Apa yang membuatkan saya yakin di atas pentas adalah kerana mahu mengikut seperti idola saya iaitu Sam.

"Kalau kita lihat band luar negara, cara mereka kuasai pentas, memang power. Waktu tu saya memang tengah berangan saya jadi macam mereka... itu sebab saya all out atas pentas.

"Saya peminat Bunkface sejak dari sekolah lagi waktu mereka popular dengan lagu Situasi. Masa tu umur saya dalam 10 tahun. Zaman sekolah memang tak dapatlah nak pergi konsert," jelasnya.

Meskipun dipuji berbakat, Syamirul bagaimanapun berkata dia tidak terfikir untuk menjadi seorang penyanyi dan apa dilakukan itu hanya sekadar suka-suka.

Namun penganjur acara e-sport ini tidak menolak jika satu hari nanti diundang membuat persembahan bersama Bunkface lagi.

syamirul1 - 1

Syamirul (kiri) pernah beberapa kali dipanggil naik ke pentas.

"Saya tidak pernah bercita-cita untuk jadi penyanyi. Cuma kalau karaoke tu biasalah. Tak pun, saya menyanyi dekat kenduri kahwin.

"Saya memang menyimpan hasrat untuk melakukan persembahan bersama Bunkface selepas ini.

"Kalau boleh selepas ini saya pun ingin menyanyi bersama Bunkface dalam satu persembahan penuh," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain