suria

Sharnaaz Ahmad tahan sakit gigi, bedah hidung selepas selesai penggambaran ‘Polis Evo 3’ - “Ia memori terindah”

Sharnaaz berjaya sentuh emosi penonton dengan watak Reza.

KEMUNCULAN pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi Polis Evo 3 membawa perbezaan besar dalam filem yang bakal ditayangkan pada 25 Mei ini di seluruh pawagam di Malaysia.

Mana tidaknya, bukan sahaja mampu menampilkan babak pertarungan yang mantap namun pelakon berusia 38 tahun itu juga berjaya menyentuh perasaan penonton menerusi watak Reza.

Berkongsi mengenai cabaran terpaksa dihadapi semasa melakonkan watak Reza, Sharnaaz memberitahu ketika penggambaran dia sedang menderita dengan sakit kaki selain mengalami kecederaan lutut.

Malah dia juga terpaksa menjalani pembedahan hidung sebaik sahaja selesai penggambaran filem arahan Syafiq Yusof itu.

Sharnaaz bawa watak Reza dalam Polis Evo 3.

"Sebenarnya saya banyak tanggung kesakitan pada ketika itu... saya ada masalah dengan sakit gigi pada gerham bongsu saya.

"Benda itu nampak biasa tapi cubalah berlakon dengan sakit gigi... rasa nak marah, menjerit.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cantik orangnya! Sharnaaz Ahmad tunjuk teman wanita, siap pegang tangan ketika hadir tayangan ‘Polis Evo 3’

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tiada jodoh Sharnaaz Ahmad rela masuk rumah orang tua, sudah buat tabung simpanan

"Belum lagi saya menanggung kesakitan di bahagian lutut dan saya juga terpaksa jalani pembedahan di bahagian hidung disebabkan habuk yang terlalu tebal di loksi penggambaran," katanya.

Sharnaaz berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam gala Polis Evo 3 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tapi saya bangga menjadi sebahagian daripada Polis Evo 3.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

Tidak hanya itu, Sharnaaz juga mendedahkan emosi yang berjaya membuat penonton terasa sebak itu disebabkan kemelut yang melanda dirinya pada ketika itu.

Meskipun berdepan dengan ujian dan cabaran namun Sharnaaz bangga menjadi sebahagian daripada pelakon filem berkenaan.

"Ramai sedia maklum masa itu saya berdepan dengan pelbagai fasa dalam hidup... cuma saya sibukkan diri saya dengan latihan dan kawal emosi saya.

ASTRO_5536

Sharnaaz bangga jadi sebahagian Polis Evo 3.

"Bagi saya kerja adalah kerja, tanggungjawab tetap saya laksanakan dengan sehabis baik. Kalau tak mampu buat, saya akan sedih dengan diri sendiri.

"Tapi saya bangga menjadi sebahagian daripada Polis Evo 3 dan ini adalah memori yang indah untuk saya kenang," ujarnya.

Bukan itu sahaja, Sharnaaz memaklumkan dia tidak pernah kisah dengan bayaran yang ditawarkan kepadanya untuk melakonkan watak Reza itu.

Barisan pelakon Polis Evo 3.

Sebaliknya lebih berazam mahu memberikan yang terbaik bagi kepuasan diri sendiri dan juga penonton.

"Saya tak kisah mengenai bayaran, saya tak kisah berapa saya akan dibayar. Saya cuma mahukan yang terbaik sahaja untuk cerita ini," jelasnya.

Selain Sharnaaz, Polis Evo 3 terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions turut menampilkan Zizan Razak, Shaheizy Sam, Syafiq Kyle, fara Ali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi dan Fezrul Khan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain