suria

Alami demam panas dan muntah-muntah, Aiman Tino dimasukkan ke hospital akibat demam denggi

Aiman dirawat dijangkiti demam denggi.

PENYANYI Aiman Tino dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Johor sejak malam Sabtu lalu akibat demam denggi.

Menurut Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 25, suhu badannya mencecah 40 darjah celcius dan selepas menerima rawatan doktor mengesahkan dia diserang penyakit bawaan virus itu.

"Sepatutnya saya ke Johor ini untuk menjalani penggambaran telemovie. Tapi pada hari Rabu saya dah mula demam. Khamis dan Jumaat saya hanya duduk berehat di hotel saja.

aiman2 - 1

Aiman mula rasa tidak sihat pada Rabu lalu.

"Saya mula shooting Isnin lepas dan Rabu tu dah mula tak sihat terpaksa ambil cuti dua hari. Sabtu saya sambung kerja ingat dah betul-betul sihat tapi malam tu saya muntah empat kali.

"Pergi hospital bila doktor check tekanan darah rendah dan badan terlalu panas sehingga cecah suhu 40 dan keputusan darah keluar doktor beritahu saya kena denggi," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka tengok video Aiman Tino dengan isteri, perangai pun sama 'masuk air'... Nasihat peminat ugut bunuh diri terima hakikat

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Kelantan ugut bunuh diri jika tak jadi isteri kedua Aiman Tino, ibu buat laporan polis

Aiman memberitahu pada awalnya dia dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu dan kemudiannya dipindahkan di Hospital Pakar KPJ Johor.

Penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini turut ditemani oleh isterinya iaitu Che Syarah Haifah Che Isa, 24, sepanjang berada di Johor.

Pergi hospital bila doktor check tekanan darah rendah dan badan terlalu panas sehingga cecah suhu 40.

AIMAN TINO

PENYANYI

"Sekarang ini saya di Johor dengan isteri saya. Dia yang pantau keadaan saya di sini sekarang," ujarnya.

Aiman bagaimanapun memaklumkan keadaannya kini semakin pulih dan berharap dapat meneruskan komitmen kerja kerana tidak mahu membebankan tenaga produksi yang lain.

"Sekarang Alhamdulillah keadaan saya makin pulih dipantau tapi kata doktor jangkitan dah merebak ke hati jadi doktor masih buat pemeriksaan darah untuk pemantauan.

"Cuma saya rasa lebih sihat dan tak macam awal-awal haritu. Kalau keadaan saya bertambah baik, mungkin sehari dua lagi boleh keluar hospital.

"Saya sekarang memang fikir nak sambung kerja saja. Sepatutnya memang kami shooting direct sampai 30 haribulan," jelasnya.

aiman1 - 1

Aiman ditemani isterinya, Che Syarah.

Dalam pada itu, Aiman turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan.

"Saya cuma nak nasihatkan dekat orang ramai untuk lebih berhati-hati. Memang doktor pun cakap denggi tengah berleluasa sekarang.

"Jaga kebersihan sekeliling kita terutamanya kawasan perumahan dan elakkan perkara yang boleh membuat nyamuk aedes membiak," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain