suria

Ada sebab Anuar Zain tolak jadi juri, paling takut dengan kecaman peminat

Anuar akui terima banyak undangan menjadi juri pertandingan nyanyian.

PENYANYI Anuar Zain tidak berminat untuk menjadi juri dalam mana-mana program nyanyian meskipun mendapat pelbagai tawaran daripada pihak stesen televisyen.

Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 53, berkata, pendiriannya itu kerana tidak mahu terkesan dengan respons balas peminat selain menganggap dia tidak layak duduk di kerusi juri bagi menilai nyanyian orang lain.

"Saya banyak terima tawaran untuk pelbagai program tetapi tidak rasa diri ini layak menjadi juri.

anuar zain 3

Anuar lebih selesa untuk terus menyanyi.

"Antara sebab saya tidak mahu (terima tawaran) sebab peminat tidak dapat terima komen juri terhadap artis kesayangan mereka. Niat juri sangat murni mahu membantu tapi penonton pula tidak faham sehingga juri pula dijadikan sasaran.

"Saya tidak suka perkara itu dan kalau boleh tak mahu ada elemen negatif yang boleh merosakkan dunia artis kerana kita semua di satu platform yang sama," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat larang kahwin, Anuar Zain tak balas mesej di IG demi jaga hati

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anuar Zain okey je... Tak kecil hati jadi bahan lawak Atu Zero, siap puji kelakar

Anuar ditemui ketika sesi latihan bersama Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri (SPWinds) sempena Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds yang bakal berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 20 Mei ini.

Tambah penyanyi lagu Sedetik Lebih ini, dia juga menghormati rakan-rakan artis lain yang mengambil peluang untuk berkongsi ilmu menerusi program realiti televisyen.

Saya tidak suka perkara itu dan kalau boleh tak mahu ada elemen negatif yang boleh merosakkan dunia artis kerana kita semua di satu platform yang sama.

ANUAR ZAIN

PENYANYI

Menurutnya juga dia amat mengagumi bakat-bakat baharu dalam industri seni kala ini dan merasakan sepatutnya mereka diberi komen ketika membuat persembahan.

“Saya nak beri komen kepada penyanyi lain pun tidak sampai hati. Kita semua dalam satu platform yang sama dan saya rasakan penyanyi sekarang ini sangat berbakat.

“Memang dalam sebuah persembahan ada kekurangannya. Namun menjadi juri bukanlah diri saya kerana saya tidak belajar tentang teknik nyanyian.

anuar zain 2

Anuar ketika sesi latihan bersama SPWinds.

“Jika ada rakan-rakan artis lain yang mahu jadi juri, itu terpulang kerana mereka rasa layak diberi tugas sebegitu,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang kolaborasi bersama 91 anggota SPWinds dari Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, kata Anuar, dia tidak sangka ada kumpulan pelajar itu mempunyai bakat besar dalam bermain muzik sehingga pernah membawa nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Saya sangat kagum dengan mereka. Bukan sekadar bermain muzik, tetapi mereka sebenarnya suka dengan apa yang dilakukan.

“Saya cuba mendekati mereka dengan memberi aura yang baik. Saya berjenaka dan berbual dengan mereka supaya lebih selesa dan senang bekerja,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain