suria

[V] Tiada istilah sondol menyondol, Serina lega 'ribut' antara suami dan Chef Wan sudah reda

PELAKON Serina Redzuawan mendedahkan hubungan suaminya iaitu Meor Mohammad Aidid dan bapanya, Chef Wan sudah kembali pulih selepas timbul salah faham berhubung perkahwinan mereka sebelum ini.

Serina, 40, berkata, semua salah faham itu akhirnya terungkai termasuk isu dia dikatakan merampas Meor daripada bekas isterinya selepas mengambil keputusan berkahwin hanya selepas dua bulan berkenalan.

"Hubungan suami dengan Papa (Cef Wan), Alhamdulillah sudah pulih. Dulu ribut taufan melanda tapi Allah itu sebaik-baik perancang dan kadang-kadang itu apa yang berlaku ada hikmah di sebalik.

"Selepas Papa tahu hal sebenar, dia pun dah boleh terima suami saya sebab tidak pernah ada istilah sondol menyondol, rampas merampas. Saya sendiri memang duduk di KL jadi tak tahu dia ada masalah rumah tangga ke apa.

serina3 - 1

Serina bersyukur hubungan bapa dan suaminya bertambah baik.

"Bila berlaku penceraian di antara mereka (suami dan bekas isteri), kenapa saya pula dipersalahkan? Saya tidak tahu apa-apa sebab kami pun kenal dua bulan dan terus kahwin," katanya kepada mStar.

Serina berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Royale Fiesta Kelantan Tour yang diadakan di Kelab Golf Seri Selangor, Tropicana Damansara, Selangor pada Isnin.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila bekas isteri Meor iaitu Nur Hamizah Shaffee, 36, mendakwa Meor telah berkahwin dengan Serina tanpa kebenaran isteri pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan tumpang harta Chef Wan, Serina selesa hidup berdikari kini tenang di Perlis

ARTIKEL BERKAITAN: Serina sangkal dakwaan 'kahwin lari' di Siam... percaya ada pihak hasut Chef Wan

Malah Hamizah juga menyangkal dakwaan Serina bahawa Meor berstatus duda dan bernikah secara senyap di Perlis pada April 2021.

Bagaimanapun menurut Hamizah dia diceraikan Aidid pada 9 Mac 2021 dan selepas sebulan mereka bercerai Serina mengumumkan berita perkahwinan mereka kepada umum.

Sementara itu, Serina berkata, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail, 64, banyak memberikan nasihat untuk menjadi seorang isteri yang baik malah sering berpesan agar dia menjaga keperluan suami dengan baik.

Hubungan suami sekarang dengan papa, Alhamdulillah. Dulu ribut taufan melanda. Tapi Allah sebaik-baik perancang.

SERINA REDZUAWAN

PELAKON

"Alhamdulillah papa pun dah tahu hal sebenar dan semua ini pun jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah. Jadi, papa dah terima.

"Papa banyak memberi nasihat. Dia ni seorang yang tegas walaupun anak dia, kalau dia nak fire, dia fire saja.

"Dia ada cakap kalau nak jadi isteri jangan malas. Pastikan masak untuk suami, jaga elok-elok. Kalau tak jaga betul-betul nanti suami lari dia cakap," ujarnya.

serina3 - 1

Serina mahu taat kepada suami.

Malah aktres itu juga bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa mentua yang baik dan dapat menumpang kasih seorang ibu selepas pemergian ibu kandung tercinta pada Mac 2020.

"Saya pun bersyukur dapat ibu bapa mentua yang sangat baik. Apa-apa nak mengadu telefon sahaja mereka.

"Kadang-kadang mereka yang lebih banyak telefon saya. Saya bersyukur sangat sebab arwah ibu pun dah tak ada jadi mak mentualah tempat saya bermanja," katanya.

serina1 - 1

Serina bahagia bersama Meor.

Untuk rekod, Serina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah petaling pada 1 Ogos 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Tristan Tareef O' Luanaigh, 13 dan Isabella Saffiya O'Launaigh, 12 tahun.

Serina kemudiannya berkahwin dengan Meor pada April 2021 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain