suria

Ryan Bakery tak berangan diiktiraf sebagai penyanyi, mahu buktikan ‘content creator’ boleh jadi kerjaya

Ryan bersukur kehadirannya terus diterima baik peminat.

SEMAKIN serius menyusun langkah dalam bidang nyanyian, personaliti media sosial Ryan Bakery tidak pernah bermimpi untuk bertanding dalam mana-mana pentas anugerah bagi mengukur kredibiliti vokal dan lagu nyanyiannya.

Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, berkata, sudah cukup baginya jika lagu-lagu nyanyiannya mendapat sambutan baik pendengar sebagai hiburan telinga.

"Tak pernah terfikir pun nak bertanding di pentas anugerah dalam bidang nyanyian. Saya menyanyi hanya sekadar suka-suka sahaja. Tetapi itu tidak bermakna saya main-main sebagai penyanyi.

"Saya suka tampil dengan lagu-lagu rakyat dan jenaka yang boleh memberi mesej kepada orang ramai sambil menghiburkan peminat. Selain itu, lagu-lagu saya juga boleh dijadikan muzik latar bagi kandungan di media sosial," katanya kepada mStar.

ryan bakery 2

Ryan mahu beri semagat buat lebih ramai content creator.

Ryan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Bersempena sambutan Aidilfitiri lalu, Ryan tampil dengan lagu berjudul Raya Last Minit yang merupakan duet bersama Andi Bernadee.

ARTIKEL BERKAITAN: Soalan tentang anak perkara biasa, Ryan Bakery nasihat isteri jangan terasa hati

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ryan Bakery kongsi kisah selepas dibuang kerja, rupanya isteri bagi modal buat video... “Walaupun belum kahwin dia sanggup keluar duit”

Ryan juga bakal melancarkan single kedua yang juga lagu duet pada Julai nanti.

Bercakap tentang pencalonan top 20 ABPBH35, Ryan berkata, ia merupakan cabaran besar buatnya untuk kekal relevan selepas pernah memenangi trofi undian peminat dalam acara berbeza sebelum ini.

Apa yang saya ada sekarang ini pun merupakan bonus penjenamaan diri.

RYAN BAKERY

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Sebagai seorang content creator, pasti ia memberi tekanan buat saya untuk kekalkan apa yang pernah saya miliki sebelum ini namun kita juga harus sedar tidak selamanya akan berada di atas.

"Saya serahkan semuanya kepada rezeki. Apa yang saya ada sekarang ini pun merupakan bonus penjenamaan diri," katanya.

Ryan bersaing dalam tiga kategori iaitu Video Viral Popular, Tiktokers Popular dan Content Creator Popular.

KUALA LUMPUR 12 MEI 2023. Antara barisan artis pada Majlis Pelancaran Anugerah Bintang Popular BH 35 di stesen kereta api Kuala Lumpur. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Antara calon top 20 ABPBH35.

Tambahnya, menerusi pencalonan sebegini juga menjadi bukti apa yang dilakukan selama ini boleh menjadi satu kerjaya dan menjana pendapatan.

"Bagi saya apabila tercalon ini memberi semangat buat diri sendiri dan lebih ramai content creator di luar sana untuk menyukai perkara yang mereka lakukan.

"Ini sebagai bukti content creator juga sekarang sudah menjadi satu kerjaya kerana ada yang anggap perkara ini adalah sia-sia," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain