suria

[V] Sudah biasa bertanding di Indonesia, Waode beranikan diri sertai ‘Big Stage’ pula… Akui perbezaan bahasa cabaran utama

PERNAH menjadi juara menerusi beberapa pertandingan di Indonesia, namun Waode belum cukup puas sehingga mendorongnya mencabar diri menyertai pertandingan Big Stage 5 (BS5).

Pertama kali menyertai program televisyen di Malaysia, Waode atau Waode Heni Andraini , 26, berkata perbezaan bahasa adalah salah satu cabaran yang perlu dilalui olehnya sepanjang menyertai rancangan nyanyian ini.

"Saya suka dengan namanya cabaran, saya selalu tertanya macam mana rasanya kalau bertanding di luar negara.

Waode sukakan cabaran baharu.

"Kalau di Indonesia saya dah pernah serta sudah tahu bagaimana rasanya. Walaupun Malaysia dan Indonesia dekat tapi bagi saya ia satu cabaran baharu untuk saya belajar.

"Mungkin di Indonesia peminat faham apa yang ucapkan tapi di Malaysia berbeza saya perlu faham apa yang dikatakan. Sebabnya bahasa kita berbeza.

"Peserta pun bukan dari Malaysia sahaja, ada dari Korea Selatan dan Singapura. Jadi itu sesuatu yang baharu dan saya suka menerima cabaran baharu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isaac Voo peserta pertama tersingkir ‘Big Stage 5’, juri guna Imuniti X selamatkan Naufal Azrin

ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage 5 buat kejutan, pelawak popular Indonesia Rina Nose pengacara bersama Elly Mazlein

Waode berkongsi perkara itu selepas tamat BS5 minggu kedua yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Meskipun baru selesai konsert minggu kedua, namun Waode mengakui ada beberapa peserta yang menjadi persaing hebat buat dirinya.

Kata Waode lagi, setiap peserta ada bakat tersendiri yang membuatkan dia ingin memberikan yang terbaik setiap minggu.

"Semuanya ada bakat yang berbeza, boleh menari... Ada suara bernada tinggi, rock dan sedap didengar.

Sangat bersyukur dapat maklum balas yang baik dari peminat Malaysia.

WAODE

PENYANYI

"Banyak karakter tapi saya tercabar dengan Oppa Hoondoo tapi kalau dari Malaysia ada beberapa macam Nadeera, Putera Muhammad dan kumpulan Coex. Tapi saya berkawan dengan mereka" jelasnya.

Menyedari namanya mula menjadi sebutan selepas membawakan lagu Sial yang dipopularkan Mahalini pada minggu pertama, Waode turut mengucapkan terima kasih kepada peminat baharu di Malaysia.

ASTRO_5386

Waode bersyukur diterima baik oleh peminat Malaysia.

"Alhamdulillah, sangat bersyukur dapat maklum balas yang baik dari peminat Malaysia. Saya diterima baik oleh peminat Malaysia sejak minggu pertama hari itu. Terima kasih sangat.

"Saya sebenarnya tak sangka, mereka sanggup datang ke dewan ini dan buat banner untuk saya, malah ada yang undi saya. Tapi ini jadi cabaran juga buat saya kerana perlu beri yang terbaik pada minggu seterusnya," ujarnya.

BS5 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain