suria

Watie Hanifiah sifatkan pertunangan dengan Shuib sebagai ketetapan Allah, ada hikmah di sebalik

Watie dan Shuib mengikat tali pertunangan.

USAHAWAN Watie Hanifiah menyifatkan pertunangannya dengan pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib pada Sabtu sebagai ada hikmah di sebalik yang sudah ditetapkan Allah SWT.

Watie, 35, berkata, meskipun manusia tidak selalu memahami hikmah di sebalik sesuatu kejadian namun seseorang perlu belajar untuk mempercayainya.

"Ketetapan Allah adalah sempurna dalam setiap perkara.

watie2 - 1

Watie dan Shuib bakal bernikah Jun ini.

"Kita tidak selalu memahami hikmah di sebaliknya tetapi kita perlu belajar untuk mempercayainya," tulisnya di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib kini tunang Watie Hanifiah, nikah 23 Jun 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib dan Watie Hanifah nikah Jun depan, rasa segan kongsi tentang perancangan kahwin

Menerusi hantaran tersebut Watie turut memuat naik foto menunjukkan jari manisnya yang memakai cincin pertunangan sambil tangannya seperti disambut oleh Shuib.

Dalam pada itu, menerusi ruang komen hantaran tersebut, Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, dilihat meninggalkan komen 'Assalamualaikum Tunang' berserta emoji cinta.

Pada Sabtu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan yang diadakan di kediaman usahawan itu bertempat di Shah Alam yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pasangan itu dijangka bakal disatukan sebagai suami isteri pada 23 Jun ini.

Untuk rekod, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Siti Sarah bagaimanapun meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain