suria

Ada hubungan dengan Engku Emran fitnah, Fiza Halim tunjuk foto anak sebagai bukti

Fiza menafikan dua anaknya adalah individu yang dilhat bergambar bersama Engku Emran.

PELAKON Fiza Halim bengang apabila dua anak perempuannya dikaitkan dengan gosip kononnya dia kini sedang hangat bercinta dengan Engku Emran.

Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 42, berkata, wajah anak-anaknya iaitu Ferra Aryana dan Feeya Adyrra bukanlah individu yang dilihat dalam gambar bersama Engku Emran yang tular sebelum ini.

"Tolong hentikan viral dan fitnah. Aku tak nampak di mana serupanya muka anak aku dengan pihak yang dikaitkan itu. Jauh beza sama sekali.

fiza halim 1

Fiza menafikan dia kini sedang bercinta.

"Dah macam-macam cerita aku dengar orang kata dan tulis. Pada netizen yang mula buat cerita ini, sila merangkak di sana untuk minta maaf kepada aku.

"Jangan pandai-pandai nak sebarkan fitnah dan aibkan orang," katanya.

Bekas anggota kumpulan Elite itu menjelaskan kekeliruan tersebut di Instagram miliknya selain memuat naik foto terkini dua anak perempuannya bagi membolehkan orang ramai membuat perbandingan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fiza Halim tak mahu anak-anak ulang kesilapannya, belum masa untuk bercinta... Tiada kriteria calon menantu

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada niat ‘show off’ anak dara, Fiza Halim cuma kongsi rasa rindu 5 bulan tak jumpa - “Netizen DM takut ada yang dengki”

Gosip mengatakan Fiza dan Engku Emran mula kecoh diperkatakan selepas tular di TikTok foto lelaki itu bersama dua orang remaja yang dikatakan mirip dengan anaknya.

Fiza sebelum ini juga menafikan dakwaan dia kini sedang bercinta dengan Engku Emran dan menjelaskan tidak pernah mengenali lelaki itu secara dekat.

Malah dia juga mengakui terkejut apabila cerita tersebut timbul secara tiba-tiba.

Fikirlah sikit orang ada keluarga. Banyak hati nak kena jaga. Sibuk jaga tepi kain orang dan fitnah bercinta tanpa usul periksa

FIZA HALIM

PELAKON

Tambah Fiza, dia meminta orang ramai tidak terlalu cepat membuat andaian berkenaan cerita tersebut kerana ia melibatkan ahli keluarga yang lain.

“Fikirlah sikit orang ada keluarga. Banyak hati nak kena jaga. Sibuk jaga tepi kain orang dan fitnah bercinta tanpa usul periksa,” jelasnya.

Feera dan Feeya merupakan anak hasil perkahwinan pertama Fiza dengan bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin.

fiza halim 3

Fiza bimbang apabila gosip cinta yang tersebar turut melibatkan keluarga.

Fiza dan Farriq bercerai pada November 2010 selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.

Kemudian dia berkahwin pula dengan penyanyi Adam pada September 2013 namun hubungan mereka juga tidak kekal lama.

Selepas itu, dia kembali berkahwin dengan seorang duda dua anak, Aizat Al Jefri pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Siti Aleena namun perkahwinan itu juga tidak bertahan apabila mereka bercerai pada Julai 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain