suria

Aliff Syukri serah pada peguam isu laporan polis terhadapnya, sedang sibuk urus isteri baru bersalin

Aliff menyerahkan tindakan lanjut kepada wakil peguam.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri menyerahkan kepada peguamnya susulan laporan polis yang dibuat oleh Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) terhadapnya pada pagi Selasa.

Aliff, 36, berkata, dia tidak boleh mengulas lanjut tentang isu berkenaan kerana sibuk selepas menyambut kelahiran cahaya mata keenam pada Isnin.

aliff1 - 1

Teaser lagu raya Aliff menerima kecaman ramai.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan dan mesej kerana saya sedang sibuk memandangkan baharu menimang cahaya mata.

"Untuk isu yang sedang hangat sekarang ini, saya rasa lebih baik saya serahkan kepada pihak peguam saya untuk mereka ambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Bukannya saya bogel" - Aliff Syukri minta tunggu video penuh, rayu jangan kecam isteri sarat hamil

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia tak berbakat, suara tak sedap" - Ibu minta maaf bagi pihak Aliff Syukri

Presiden Irama iaitu Ayob Abdul Majid membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur berikutan muzik video lagu raya terbaharu Aliff berjudul Cak Cun Cak Raya yang didakwa melanggar budaya dan tatasusila masyarakat Malaysia.

Pihak Irama juga dilaporkan mahu berjumpa dengan Menteri Komunikasi Digital (DKD), Fahmi Fadzil dalam masa terdekat bagi membincangkan isu yang sedang tular ketika ini.

Pada 30 Mac, Aliff melancarkan teaser lagu raya terbaharunya dan mendapat kecaman orang ramai termasuk baju sut ketat yang dipakai menyerupai sut menyelam selain aksi lincah bersama penari latar yang dikatakan tidak sesuai.

Video teaser itu turut mendapat teguran daripada pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Aliff yang dikatakan tidak menghormati bulan Ramadan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain