PELAKON Zarina Zainuddin terkejut apabila membaca berita yang melaporkan dia sudah meninggal dunia pada Selasa.
Zarina atau Nur Zarina Mohd Zainuddin, 53, berkata, dia berada dalam keadaan sihat malah sedang sibuk menjalani penggambaran drama berjudul Bukan Lindungan Bulan.
Pelakon itu turut memohon doa orang ramai agar sentiasa dipanjangkan umur dan murah rezeki.
Kenyataan Zarina di Instagram miliknya.
"Assalamualaikum, saya tengah shooting drama Bukan Lindungan Bulan pagi ini dapat berita ini.
"Tolong doakan semoga saya panjang umur dan murah rezeki," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: "Penipulah tak ada rasa cemburu" - Zarina Zainuddin ambil masa berbelas tahun ambil hati madu, nasihat wanita jangan 'curi' suami orang
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terkejut tersebar berita ‘Jalaluddin Hassan’ meninggal dunia
Zarina berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa.
Menerusi hantaran berkenaan, Zarina turut memuat naik keratan foto dari portal yang menyebarkan berita kematiannya itu dengan tajuk 'Innalillahi, khabar duka dari aktress Zarina Zainuddin hari ini telah meninggal dunia'.
Sementara itu, aktress berkenaan turut mendoakan anaknya Azal yang berada di Singapura berada dalam keadaan tabah dan kuat.
"Anak saya Azal berada Compas One, Sengkang Square, Singapura. Dia jaga booth pulut saya.
"Semoga Azal tabah dan kuat berada di Singapura," ujarnya.
Usaha mStar untuk mendapatkan maklum balas daripada Zarina bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan yang dibuat tidak dijawab.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!