suria

Anak tertumpah pengilat kuku pada pakaian di butik mewah, Tomok terpaksa bayar ganti rugi RM5,593

Tomok tidak dibenarkan keluar kedai selagi tidak bayar kerosakan baju.

MALANG tak berbau buat penyanyi Tomok apabila terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 selepas anaknya tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di sebuah butik pakaian berjenama.

Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 39, berkata, kejadian tersebut berlaku ketika isterinya masuk ke butik berkenaan untuk membeli seluar bersama anak-anak mereka.

"Saya bersama keluarga di The Garden Mid Valley untuk berbuka puasa, sekitar pukul 9.30 malam isteri saya nak beli seluar.

338740955_217618864186545_7702071704350249144_n

Tomok tercengang terpaksa keluar duit bayar baju berjenama.

"Tapi ada kejadian tak terduga berlaku apabila anak saya tumpahkan pengilat kuku pada seluar yang berharga RM1,299. Ia bukan tumpah pada sehelai seluar tapi empat seluar serta baju bernilai RM499 dan RM899," katanya.

Tomok berkongsi kejadian tersebut menerusi akaun Instagram miliknya pada malam Ahad.

Susulan kejadian itu, Tomok memaklumkan pihak pengurusan butik itu tidak membenarkan dia beredar selagi tidak membuat pembayaran ganti rugi terhadap pakaian yang telah rosak.

ARTIKEL BERAKAITAN: Tomok hampir ‘meraung’... Dewan konsert bergema suara peminat, imbau nostalgia kemuncak populariti New Boyz

ARTIKEL BERKAITAN: GV9 banyak ubah karier Tomok tapi cubaan ‘Mandrem’ peminat tak menjadi

Mengakui kesilapan datang daripada pihaknya, Tomok berkata, dia membayar ganti rugi tersebut selepas pihak butik memberi diskaun terhadap semua pakaian yang rosak.

"Saya tak boleh buat apa, saya tak boleh keluar dari kedai ini... selepas diskaun saya kena bayar RM5,593. Saya nak jual seluar ini sebab bukan saiz saya dan ia terlalu besar untuk saya.

220171144_512789539973928_1654296173817026360_n

Tomok bersama isteri dan anak-anaknya.

"Pengilat kuku hanya terkena sikit pada baju, tapi saya faham ini peraturan dan saya mengaku ini silap saya.

"Ujian nak raya mungkin. Siapa nak beli boleh mesej saya. Saya tak jual harga ini. Insya Allah ada rezeki lain untuk saya," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain