suria

Kejadian Kamal Adli dipukul buatkan Nelydia Senrose trauma… Keluarga bimbang jika keluar rumah tanpa teman

Nelydia bimbang keluar rumah seorang diri.

PELAKON Nelydia Senrose mengakui kejadian abang iparnya iaitu Kamal Adli diserang individu tidak dikenali di Singapura baru-baru ini memberi kesan mendalam sehingga menimbulkan rasa trauma terhadap dirinya dan keluarga.

Kata Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 29, lebih membimbangkan apabila suspek berkenaan mendedahkan mengenali ahli keluarga Uqasha Senrose yang lain.

"Saya dan keluarga memang trauma selepas kejadian itu. Sekarang ini kalau kami nak keluar ke mana-mana memang lebih berhati-hati dan tidak akan berseorangan.

nelydia 2

Suami juga menasihati supaya Nelydia tidak lagi keluar berseorangan.

"Dia (suspek) kata kenal ahli keluarga yang lain. Kami pun tak tahu apa motif sebenarnya. Mungkin dia sengaja putar belit cerita untuk lambatkan proses siasatan dan perbicaraan.

"Kejadian yang berlaku juga membuatkan saya faham perlukan seorang pembantu lelaki untuk mengawasi keadaan," katanya kepada mStar.

Nelydia ditemui ketika majlis berbuka puasa anjuran pereka fesyen Rizman Ruzaini yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli stabil tapi bergantung ubat tahan sakit, minta netizen jangan gaduh - “Yang ketuk saya seorang bukan satu Singapura”

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah Singapura perintah suspek serang Kamal Adli jalani ujian psikiatri 2 minggu

Berkongsi keadaan terkini Kamal, Nelydia memberitahu pelakon itu semakin pulih daripada kecederaan namun masih berhati-hati untuk keluar di tempat awam.

Dalam masa sama, Nelydia juga tidak mahu bercakap lanjut tentang abang iparnya itu kerana kes tersebut masih lagi dalam siasatan.

"Alhamdulillah kedua-duanya (Kamal dan Uqasha) semakin okey. Uqasha sudah mula bekerja namun sentiasa ditemani seorang pembantu.

Kejadian yang berlaku juga membuatkan saya faham perlukan seorang pembantu lelaki untuk mengawasi keadaan

NELYDIA SENROSE

PELAKON

"Mereka masih dalam keadaan terkejut sebab perkara ini baru sahaja berlaku. Mereka juga baru nak kumpul semula semangat untuk menjalani kehidupan seperti biasa,” kongsinya.

Berkongsi nasihat susulan kejadian itu, Nelydia menasihati orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga kerana perkara sama boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

"Kita dah tak boleh nak fikir keadaan sentiasa selamat. Perkara macam ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja kerana malang tidak berbau. Dalam masa sama tak boleh juga terlalu berkongsi di media sosial.

kamal 11

Kamal dan Uqasha juga masih dalam keadaan takut dan cuba untuk pulihkan semangat.

"Selepas mendapat tahu kejadian itu, jantung saya bagaikan nak gugur. Otak dah mula fikir bukan-bukan sehingga terdetik akan kehilangan abang ipar," ujarnya.

Pada 12 Mac lalu, Kamal diserang seorang lelaki tidak dikenali menggunakan cota ketika terlibat dalam acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura sehingga aktor itu mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala, wajah dan badan.

Mahkamah Singapura kemudian mereman suspek selama dua minggu dan diarahkan menjalani pemeriksaan psikiatrik di Institut Kesihatan Mental Singapura.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain