suria

[V] Terkena buatan orang dan ditipu buat Andi Bernadee mahu tinggalkan dunia seni, masih dalam proses ‘healing’

PENYANYI Andi Bernadee mendedahkan kes penipuan oleh individu dipercayai dan terkena buatan orang sebelum ini memberi kesan kepada kesihatan mentalnya.

Kata Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 32, disebabkan itu juga dia mengambil keputusan untuk kurang aktif di media sosial selain banyak menolak tawaran kerja.

"Apa yang berlaku sebelum ini memberi tamparan hebat buat saya terutama kepada masalah kesihatan mental.

andi 2

Andi pernah terfikir mahu tamatkan kerjaya seni.

"Ia memberi kesan sangat ketara sehingga sekarang ini kalau masuk ke set penggambaran drama saya susah nak hafal skrip.

"Sebab itu juga saya tidak aktif di sosial media. Kata orang tengah proses healing. Saya banyak bersendirian dan harap akan dapat kembali normal seperti biasa," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee rakam lagu ciptaan komposer Amerika, tampil genre balada dalam ‘Aku Di Sini’

ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee keluar masuk balai polis gara-gara kes songlap duit tak selesai, harap cepat naik mahkamah

Andi ditemui ketika sidang media pelancaran lagu terbaharunya kolaborasi dengan Ryan Bakery berjudul Raya Last Minit yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambahnya masalah dihadapi ini membuatkan dia pernah terfikir untuk terus menutup akaun sosial media dan meninggalkan dunia seni.

Sekarang ini saya pun jadi susah untuk percaya kepada orang lain, tidak kiralah baru jumpa atau dah lama kenal.

ANDI BERNADEE

PENYANYI

"Apa yang berlaku membuatkan saya rasa nak terus hilang di sosial media dan berhenti dari bidang seni. Namun saya ada support system terbaik yang banyak membantu.

"Apabila saya cuba jauhkan diri dari sosial media, memang rasa aman. Kalau boleh saya tak mahu lagi buat sesuatu perkara yang hanya untuk memenuhi kehendak orang," ujarnya.

Menurut Andi sepanjang tempoh cuba untuk memulihkan diri, dia banyak pergi bercuti dan Jepun antara salah satu negara yang pernah dilawati sebelum ini.

andi 3

Bercuti ke luar negara antara cara Andi cuba pulihkan diri.

Berkongsi keadaan dirinya sekarang, penyanyi lagu Donde ini memberitahu dia masih belum pulih sepenuhnya dan berharap dapat kembali menjadi seorang yang berbeza.

"Saya boleh katakan keadaan saya sekarang 60 peratus okey. Saya sedia untuk kembali semula dengan Andi yang lebih baik. Seorang Andi yang tidak kisah lagi apa yang orang mahu katakan.

"Sekarang ini saya pun jadi susah untuk percaya kepada orang lain, tidak kiralah baru jumpa atau dah lama kenal," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain