suria

Empat tahun bercinta, keluarga kekasih sudah datang merisik Bunga Isme... Akui belum sedia kahwin

Bunga dan Amzar tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

SELEPAS empat tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Bunga Isme memberitahu keluarga kekasihnya iaitu Amzar Sabri sudah datang merisik pada hujung Februari lalu.

Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 23, bagaimanapun berkata dia dan Amzar masih belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

"Status sekarang di fasa merisik. Kami sudah kenal empat tahun dan keluarganya sudah datang merisik pada hujung Februari lalu.

"Kalau cakap soal perkahwinan, mestilah saya mahu ke arah itu. Namun ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat atau tahun hadapan. Terus terang saya katakan belum bersedia untuk berkahwin.

bunga 2

Bunga mahu fokus kepada perniagaan sebelum berkahwin dengan Amzar.

"Perkahwinan itu adalah sesuatu yang besar dan saya tidak mahu terburu-buru. Lagipun usia masih muda," katanya kepada mStar.

Penyanyi ini juga memberitahu dia kini lebih fokus untuk menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seremban dan kemudian merancang untuk memulakan perniagaan jenama tudung sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan tindik hidung jadi perhatian netizen, Bunga Isme ‘sporting’ layan soalan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun simpan duit, Bunga Isme syukur dapat beli rumah pada usia 21 tahun - “Hadiah untuk ibu... dulu kami hidup berpindah-randah”

Katanya hasrat untuk tampil dengan koleksi sendiri sudah lama diimpikan namun terpaksa ditangguhkan dek kerana komitmen terhadap pelajaran.

"Ada banyak lagi perkara yang mahu saya buat selepas ini. Antaranya ialah memberi fokus kepada keluarga dan juga memulakan perniagaan sendiri. Saya mahu ada jenama tudung sendiri yang sesuai dipakai oleh semua wanita.

Perkahwinan itu adalah sesuatu yang besar dan saya tidak mahu terburu-buru. Lagipun usia masih muda

BUNGA ISME

PENYANYI

"Sebenarnya perancangan untuk memulakan perniagaan sudah lama, namun hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan sebab saya sibuk dengan kerja," ujarnya.

Bercakap tentang kerjaya seni dan sambutan Ramadan kali ini, Bunga memberitahu dia terpaksa mengurangkan tawaran persembahan kerana sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat.

bunga 3

Bunga kini memperlahankan kerjaya seni kerana sibuk dengan latihan industri.

"Sekarang ini saya sedang praktikal dan disebabkan itu terpaksa tolak tawaran persembahan dalam tempoh waktu bekerja. Sepanjang puasa kali ini pun saya lebih senang untuk meluangkan masa bersama ibu di rumah.

"Kalau sebelum ini saya memang kurang aktif dengan muzik, jadi selepas tamat belajar nanti saya harap dapat beri tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya, perniagaan dan juga muzik," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain