suria

Andi Bernadee rakam lagu ciptaan komposer Amerika, tampil genre balada dalam ‘Aku Di Sini’

Taruhan terbaharu Andi menerusi Aku Di Sini.

PENYANYI Andi Bernadee mengorak setapak dalam karier nyanyian apabila merakamkan lagu ciptaan komposer terkenal Amerika Syarikat menerusi single terbaharunya berjudul Aku Di Sini.

Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 31, berkata, lagu tersebut mendapat sentuhan komposer Robert Gerongco, Andrew Peterson Briol, Mas Dewangga, Jove Devito yang turut pernah menghasilkan beberapa lagu untuk penyanyi di Amerika termasuk Bella Poarch.

Lebih membanggakan, Andi turut menyumbang dalam penghasilan lagu berkenaan dengan menulis lirik.

2a2c8873-efe1-4bfe-82a1-44901c3e25dd

Video muzik lagu Andi Bernadee.

"Mungkin ini rezeki saya dapat peluang menyanyikan lagu ciptaan komposer terkenal dari Amerika. Pihak Warner Music bertanggungjawab mendapatkan lagu ini dan apabila saya dengar, saya sukakan melodinya.

"Jadi kamu duduk berbincang dan menulis liriknya," kata Andi menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Warner Music Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ratusan peminat sanggup bersengkang mata tengok ‘live’ Andi Bernadee tidur pakai baju kelawar

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Andi Bernadee ajar BamBam Got7 sebut ‘Mak Kau Hijau’, hanya rakam gurau-gurau... Tak sangka trending!

Dalam pada itu, Andi berkata, kemunculan single terbaharunya itu sebagai pengubat kepada lagu terdahulunya iaitu DU yang sambutannya tidak sehebat berbanding beberapa lagu sebelum ini seperti Satu Peluang dan Donde.

Sinonim dengan genre reggaeton, Andi berkata, kali ini dia tampil dengan kelainan dengan membawa rentak pop balada yang disifatkan sebagai santai sebagai kelainan kepada peminat.

Mungkin ini rezeki saya dapat peluang menyanyikan lagu ciptaan komposer terkenal dari Amerika.

ANDI BERNADEE

PENYANYI

"Kali ini saya menyanyikan lagu berentak pop perlahan yang santai serta ‘lite and easy’, manakala instrumen yang digunakan hanyalah gitar.

“Lagu ini mengisahkan mengenai penyesalan seseorang atas apa yang sudah dilakukan kepada bekas kekasihnya dan berharap agar kekasihnya itu terbuka hati untuk kembali ke pangkuannya,” jelasnya.

66689000_154373102312758_8887286906216395261_n

Andi teruja berkerjasama dengan komposer dari AS.

Berkongsi pengalaman merakamkan lagu Aku Di Sini itu, Andi memaklumkan bahawa dia hanya mengambil masa selama dua jam untuk merakam lagu berkenaan.

Video muziknya pula, Andi menjelaskan pihaknya memilih konsep dramatik dengan jalan cerita menyayat hati bagi menambat hati penonton.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain