suria

[VIDEO] Andi Bernadee ajar BamBam Got7 sebut ‘Mak Kau Hijau’, hanya rakam gurau-gurau… Tak sangka trending!

Andi ajar BamBam cakap bahasa Melayu.

PERKONGSIAN video penyanyi Andi Bernadee mengajar ahli kumpulan dari Korea Selatan iaitu Got7, BamBam bercakap dalam Bahasa Melayu menjadi trending di laman sosial.

Dalam rakaman video itu, Andi dilihat mengajar BamBam menyebut ayat ‘Mak Kau Hijau’ yang merupakan ayat viral yang digunakan secara meluas oleh netizen di media sosial.

Mengakui hanya sekadar gurauan, Andi, 30, berkata video itu dirakam secara spontan dan bukan bertujuan mengajar penyanyi berusia 24 tahun itu dengan ayat tidak baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee mula bekerja selepas dua minggu berubat, keadaan masih ‘on off’

ARTIKEL BERKAITAN: Andi Bernadee sedih duit bayaran drama Perisik Cinta Tak Diundang dah kena 'songlap' kawan baik

"Video itu dirakam spontan semasa kami menjalani penggambaran program Master In The House Malaysia di Korea Selatan. Saya saja bergurau dengan mengajar dia ayat yang sering digunakan netizen di media sosial.

"Bukan nak ajar ayat yang tak elok, itu hanya gurau-gurau sahaja. Saya pun dah terangkan maksud Mak Kau Hijau itu dan dia hanya gelak-gelak sebab lucu. Sebenarnya dia pun ada ajar bahasa-bahasa kasar dalam bahasa Korea.

bambam

Andi mengagumi sisi peribadi BamBam.

"Saya pun tak sangka video itu menjadi trending dan ramai pula yang komen. Buat masa ini tak ada yang marah pun, mereka turut terhibur tengok BamBam cakap ayat viral itu," katanya ketika dihubungi mStar.

Video yang dimuat naik Andi itu menerima lebih 100,000 tanda suka dan hampir 4,000 komen daripada pengikut.

Dua hari penggambaran bersama BamBam, dia memang sangat humble, dia layan kami sangat baik.

ANDI BERNADEE

PENYANYI

Rata-ratanya terhibur melihat aksi BamBam menyebut ayat dalam bahasa Melayu.

"Okay dah lama perap (simpan video ini). Let’s go," tulis Andi pada ruangan kapsyen.

andi 2

Lima selebriti terkenal dalam program terbaharu Master In The House Malaysia.

Berkongsi pengalaman menjalani penggambaran bersama BamBam di Korea Selatan, Andi berkata penyanyi itu merupakan seorang bintang yang sangat merendah diri.

"Dua hari penggambaran bersama BamBam, dia memang sangat humble, dia layan kami sangat baik. Tak ada pun meletakkan dirinya sebagai seorang superstar.

"Saya memang kagum dengan peribadi BamBam... sangat mudah bekerjasama dengannya, kami berbual bersama, makan bersama dan belajar bahasa masing-masing.

TONTON VIDEO ANDI AJAR BAMBAM INI

"Kalau nak tengok ayat apa lagi yang saya ajar dia kena tonton program ini nanti. Apa yang saya kongsi di Instagram itu hanya sikit sahaja, lebih banyak yang menarik akan dikongsikan dalam program itu nanti," ujarnya.

Menerusi laman Twitter, nama BamBam turut menjadi trending gara-gara rakaman video yang dimuat naik oleh Andi itu.

Bercakap mengenai Master In The House Malaysia, program ini akan memulakan siaran bermula Sabtu ini pukul 9 malam.

Selain Andi, program ini turut menampilkan empat lagi selebriti iaitu Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose dan Meyrasam yang akan berguru dengan lapan orang ‘master’ disegani dari Malaysia dan Korea.

Bintang terkenal yang menjadi master mingguan ialah BamBam, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Yusof Haslam, Datuk Rashid Sidek dan koreografer kumpulan Kpop BTS iaitu Son Sung Deuk.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain