suria

Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah bakal timang anak kedua bulan depan... Empat bulan merana kerana alahan

Ezzaty sudah membuat persiapan untuk menyambut kelahiran anak lelakinya di rumah baharu mereka.

PELAKON Ezzaty Abdullah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua apabila dia kini hamil lapan bulan.

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini berkata, dia dan suami sudah membuat persiapan menyambut anak lelakinya di rumah baharu mereka di Puncak Alam, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezzaty terpaksa jadi cikgu di rumah, berhentikan anak prasekolah sebab tak fokus belajar dalam talian

ARTIKEL BERKAITAN:Ezzaty Abdullah sedih terpisah dengan anak, kuarantin diri selepas jadi kontak rapat pesakit Covid-19

"Kami baru settle beli semua barang baby tiga hari lepas sebab sebelum ini busy dengan shooting, lepas tu nak pindah rumah pula.

"Bila dah masuk rumah baru, masa itu la baru tersedar barang baby dan keperluan untuk dibawa ke hospital tak beli lagi.

dfdgvf

Ezzaty sibuk mengemas rumah baharunya sejak 30 Disember lalu.

"Due date dalam 21 Februari macam tu, tapi bila check ni baby dah turun. Jadi saya takut kalau dia keluar awal," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Ezzaty memaklumkan perkara itu menerusi satu foto bersama suami dan anaknya di laman Instagram.

Menerusi posting tersebut, Ezzaty memberitahu bahawa bilangan ahli keluarga mereka akan bertambah pada bulan hadapan.

Dalam pada itu, berkongsi lanjut tentang kehamilannya, Ezzaty berkata, dia tidak mengidam sebarang makanan tetapi mengalami alahan yang teruk semasa awal kehamilan.

Katanya, dia juga tidak berdaya untuk berdiri mahupun duduk kerana rasa sakit pada bahagian perut.

"Mengidam tak ada sangat, tapi masa empat bulan pertama tu teruk juga rasa tak selesa. Tak boleh berdiri... tak boleh duduk, lima minit berdiri je perut rasa sakit macam gastrik.

Saya harap kelahiran kali ini juga dipermudahkan sama seperti dengan Harum dulu, masa tu saya tak rasa contraction semua.

EZZATY ABDULLAH

PELAKON

"Empat bulan la merana, setiap malam memang susah nak tidur. Pukul 5 pagi baru dapat tidur, Azwan banyak tolong saya jagakan Harum pada waktu itu.

"Ini kali pertama saya rasa alahan sebegini, sebab waktu mengandungkan Harum dulu semuanya indah belaka macam orang tak pregnant," katanya.

Sementara itu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini berharap agar proses kelahiran anak kedua ini dipermudahkan sama seperti cahaya mata sulungnya iaitu Harum Dalia.

"Anak kedua saya ini lelaki. InshaAllah... sebab dah sembilan kali scan pun masih nampak jantinanya lelaki.

"Kami sudah ada beberapa nama pilihan, kena tunggu baby dah keluar dan tengok muka dia baru la boleh pilih mana yang sesuai.

"Saya harap kelahiran kali ini juga dipermudahkan sama seperti dengan Harum dulu, masa tu saya tak rasa contraction semua. Kalau Allah bagi saya lalui perasaan itu sekali lagi memang rezeki," ujarnya.

Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan Azwan pada 16 Julai 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain