suria

Penangan populariti lagu ‘Hasrat’, konsert mini sesi malam Amir Jahari habis terjual

Amir luah rasa bertuah lagu Hasrat mendapat sambutan baik.

POPULARITI lagu Hasrat hasil gubahan dan nyanyian penyanyi Amir Jahari membawa tuah apabila tiket showcase yang bakal diadakan pada 18 Mac ini mendapat sambutan luar biasa peminat.

Amir berkata, persembahan yang diadakan menerusi dua sesi itu adalah kelolaannya sendiri bersama pasukan kecilnya dalam usaha menghiburkan peminat yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Apa paling menggembirakan kata Amir, tiket sesi sebelah malam showcase berkenaan sudah pun habis terjual manakala persembahan pukul 3 petang laris.

amir jahari 3

Persembahan Amir untuk berkongsi karya ciptaannya.

"Alhamdulillah buat pertama kalinya saya akan mempersembahkan 15 karya saya bersama pemuzik lengkap. Showcase ini sangat istimewa untuk saya.

"Showcase ini kami rancang sekitar dua minggu lepas dan saya sangat terharu apabila mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.

"Ada dua sesi, persembahan sebelah malam sudah sold out! Yang tinggal hanya sesi petang dan itu pun sudah makin menyusut," katanya menerusi kenyataan kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Jahari minta maaf pada Mas Ermieyati isu lagu Hasrat, janji jaga adab tegur orang lebih berusia

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Jahari tak izin lagu ‘Hasrat’ digunakan tujuan politik, pengurus minta MP Masjid Tanah padam video

Amir Jahari Hasrat Music Showcase akan berlangsung di Dataran Karyawan Finas Hulu Klang menerusi dua sesi iaitu 3 petang dan 8 malam.

Bercakap lanjut mengenai persembahan itu, Amir berkata, untuk sesi sebelah petang, dia akan menjemput Viona Music sebagai pembuka pentas manakala showcase pada pukul 8 malam akan menampilkan Megat Ahmad Fazly.

Kata Amir, kedua-dua penyanyi dan penulis lagu berkenaan adalah antara individu yang sangat dikaguminya dan berbesar hati mereka adpat sama-sama berkongsi pentas dengannya.

amir jahari 2

Amir rancang konsert jelajah lebih besar.

Sementara itu, Amir berkata, sekiranya persembahan itu berjaya, dia merancang untuk mengadakan konsert jelajah Amir Jahari Hasrat Music Showcase.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket ke persembahan itu boleh melayari Sekalo Music Production

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain