suria

[V] Netizen tegur tayang ‘baby bump’ sebahagian aurat, Emma Maembong ambil jalan berdiam diri - “Tak ada guna pun nak lawan”

PELAKON Emma Maembong tidak mengambil pusing tentang teguran dan kritikan susulan perkongsian gambar baby bump di media sosial miliknya baru-baru ini.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 31, berkata, usianya yang semakin matang membuatkan dia tidak kuasa berbalas komen dengan netizen tentang sesuatu isu berbangkit melibatkan dirinya.

"Bagi saya bukan sebab saya kongsi gambar kandungan saya sahaja orang komen benda tak elok. Sejak zaman remaja lagi, ada sahaja yang tak kena di mata orang.

"Saya berpakaian sopan pun tetap kena kecam, jadi saya pilih untuk hidup macam biasa.

Emma malas nak bergaduh dengan netizen lagi.

"Orang boleh terima... terima. Saya tak nak memanjangkan sesuatu perkara, sebab itu saya buat tak tahu dan malas layan. Nak puaskan hati semua orang memang tak mungkin," katanya kepada mStar.

Emma berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Kekasih by The Melvins di Klang, Selangor baru-baru ini.

Dalam pada itu, Emma yang sedang sarat hamil anak kedua berkata, dia berharap agar peminat dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya agar terbuka hati untuk berubah ke arah lebih baik suatu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Prank suami buat reviu produk, rupanya Emma Maembong selit kit ujian hamil... Bakal timang anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Anak merajuk baring atas lantai pusat beli-belah sampai kena seret, Emma Maembong akhirnya mengalah - “Mesti banyak ibu-ibu lalui benda ini”

"Kalau satu hari nanti saya rasa nak berubah, saya berubah. Doakan yang baik-baik sahaja, tak ada guna pun saya nak lawan netien semula sebab buan saya seorang sahaja yang kena.

"Saya tak kongsi gambar perut pun kena kecam juga," ujarnya.

Pun begitu kata Emma, meskipun sudah lali dengan komen pedas netizen, suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar adakalanya terguris hati dengan kata-kata dilemparkan terhadapnya.

Saya tak kongsi gambar perut pun kena kecam juga.

EMMA MAEMBONG

PELAKON

Malah, Shazli beberapa kali mahu membalas komen biadab netizen namun dia menghalang kerana menganggap tiada guna memulakan pergaduhan dengan warga maya.

"Saya dah kebal sebab dah terbiasa. Kalau dulu mungkin saya lawan balik tapi sekarang saya banyak berdiam diri sebab saya rasa tak perlu nak lawan.

"Sebab kita ini manusia tak lari buat kesilapan. Mana yang tegur saya baik-baik saya ambil teguran itu. Mana yang jahat buat tak tahu sahaja.

333610758_531819268846027_6038353457722293782_n

Suami Emma terguris dengan komen netizen.

"Tapi suami saya sahaja yang hati tisu sikit, dia macam kenapa isteri dia dapat komen macam ini. Kadang dia dah tulis panjang untuk balas komen netizen tapi saya minta jangan balas," katanya lagi.

Sebelum ini, pelakon Nusyuz Berkiblatkan Cinta ini berkongsi gambar ketika menjalani sesi fotografi tentang kehamilannya di media sosial sehingga menarik perhatian ramai.

Rata-rata netizen tidak senang melihat aktres berkenaan menayang baby bump memandangkan ia termasuk dalam aurat wanita.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain